MEMASUKI hari kelima berkempen, kesemua calon dan parti politik yang bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat semakin sibuk melakukan gerak kerja bagi mendekati pengundi di seluruh negara. Pada masa sama, rakyat yang tinggal... Klik di sini untuk terus membaca

MEMASUKI hari kelima berkempen, kesemua calon dan parti politik yang bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat semakin sibuk melakukan gerak kerja bagi mendekati pengundi di seluruh negara.

Pada masa sama, rakyat yang tinggal di kawasan berisiko banjir pula mula berdepan kemungkinan bencana tersebut apabila beberapa tempat termasuk di kawasan bandar dilaporkan berlaku banjir kilat sejak beberapa hari lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3 November lalu memaklumkan Monsun Timur Laut bakal berlaku lebih awal daripada jangkaan iaitu pada 7 November lalu dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Sejak Ahad lalu, negara menyaksikan keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan lebat berlaku hampir di semua negeri pada sebelah petang dan malam.

Pada Isnin, dua tempat masing-masing di daerah Raub dan Mentakab di Pahang dilaporkan mengalami kejadian banjir kilat akibat hujan lebat yang berlarutan dari petang hingga malam.

Kejadian banjir kilat juga didapati berlaku di beberapa tempat di Perak, Johor, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Penduduk kampung menggunakan sampan untuk melakukan aktiviti harian berikutan kawasan kediaman masih digenangi air ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan pada awal November ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad pada Rabu berkata, bencana banjir yang berlaku di Selangor pada Disember lalu, boleh berulang jika hujan berterusan dalam masa terdekat.

Maklum Abdul Latiff lagi, pada tahun lepas, Selangor menerima purata taburan hujan sebanyak 2,700 milimeter (mm) dan pada 30 Oktober lalu, baki taburan yang tinggal daripada jumlah berkenaan adalah hanya 300mm.

Sehubungan itu, orang ramai mengingatkan semua pemimpin parti politik supaya tidak melupakan kemungkinan nasib bakal dialami mereka tempoh berkempen.

MetMalaysia pada Rabu sekali lagi mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 11 November ini.

Klik di sini untuk terus membaca