KATA Tuk Seri Zahid, Khairy Jamaluddin (KJ) mahu bertanding di Parlimen Sungai Buloh.
Kata Presiden UMNO itu, tiada siapa yang paksa beliau berbuat demikian. KJ yang minta diberikan peluang bertanding di sana.
KJ pula kata sebenarnya tak begitu. Apabila Ketua Bahagian beliau mahu bertanding di Parlimen Rembau, KJ terpaksa beralah.
Tuk Mohd Hassan khabarnya cari tempat selamat. Macam juga Naib Presiden UMNO di Johor, Khaled Nordin. Tak berani jumpa Hassan Karim lagi di Pasir Gudang. Dia tahu dia akan kalah. Oleh sebab itu dia ambil tempat Halimah Saddiq, Ahli Parlimen Kota Tinggi yang sangat popular itu.
Jadi KJ terpaksa ambil inisiatif sendiri. Kerusi yang berbaki amat terbatas. Dia jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Presiden MIC untuk dapat tempat di Sungai Buloh.
Memang tak mudah untuk menang di Sungai Buloh, kubu kuat PKR dengan Sivarasa Rasiah di situ.
Walaupun Sivarasa tak bertanding kali ini, tapi PKR dan PH tentu akan kerja kuat pertahankan Parlimen itu.
Rakyat tahu siapa KJ. Banyak yang kata KJ menteri terbaik dalam kabinet Tuk Seri Ismail Sabri. Dia juga ada masa depan cerah. Tapi dia perlu menang di Sungai Buloh.
Nampaknya dia di tempat yang salah kali ini.
Klik di sini untuk terus membaca