KE mana Prasarana Malaysia Berhad nak bawa kita semua? Kembali ke zaman bas mini?
Kita dalam tahun 2022 sekarang. Kerajaan belanja berbilion ringgit untuk baiki pengangkutan awam, termasuk LRT dan MRT serta buat jalan.
Laluan LRT utama di Wilayah Persekutuan tidak beroperasi seminggu. Khabarnya berpunca dari sistem kawalan tren automatik (ATC) yang tidak stabil.
Yang terjejas adalah 16 stesen dari Kelana Jaya hingga Ampang Park. Jumlah pengguna yang terlibat dianggarkan 320,000 orang sehari.
Menteri Sementara Pengangkutan yang sedang berkempen di Ayer Hitam pun nampaknya terkedu tak tahu apa nak buat pada mulanya. Netizen bertanya di mana dia dan apa dia buat untuk tangani masalah itu?
Ini bukan kali pertama kelemahan sistem LRT kita. Tak lama dulu dua tren terlibat dalam kemalangan dekat stesen KLCC.
Banyak lagi contoh kes ketidakcekapan dan kelemahan soal teknikal libatkan LRT. Pada waktu yang sama maintenance di stesen-stesen LRT banyak dipersoalkan oleh pengguna.
Awang cuba bayangkan jikalau hal seperti ini berlaku di negara lain macam Jepun, sudah tentunya Ketua Pegawai Eksekutifnya ambil tanggungjawab penuh dan letak jawatan.
Klik di sini untuk terus membaca