NAMPAKNYA kehadiran Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ke universiti awam tidak disenangi. Fahmi Reza ini seorang pereka grafik politik, artis jalanan dan pembikin filem dokumentari. Dia memang terkenal dengan rekaan grafik yang mengkritik dan... Klik di sini untuk terus membaca

NAMPAKNYA kehadiran Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ke universiti awam tidak disenangi.

Fahmi Reza ini seorang pereka grafik politik, artis jalanan dan pembikin filem dokumentari.

Dia memang terkenal dengan rekaan grafik yang mengkritik dan mempersenda ahli-ahli politik negara tidak kira berhaluan kiri ataupun kanan. Sudah banyak kali juga dia didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, sejak pilihan raya berlangsung, dia aktif dengan kelas politik di media sosial dan menerima banyak respon positif.

Ia menyebabkan Fahmi Reza menerima jemputan dalam kalangan mahasiswa di universiti tempatan.

Cumanya, hanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sahaja dia dapat masuk kampus dan memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa, namun beberapa universiti lain tidak dapat menerima kehadiran aktivis tersebut.

Pada pandangan Tok, memang universiti ada hak autonomi untuk halang sesiapa sahaja masuk ke kawasan mereka atas nama keselamatan atau apa saja.

Bukan perkara baru universiti sekat elemen politik masuk kampus. Dulu-dulu ada kebimbangan pemikiran mahasiswa menjadi seorang anti-establishment, menolak kerajaan dan berfikiran radikal serta kritis.

Itu dululah, tetapi zaman sekarang dah tidak sesuai lagi hendak sekat pemikiran mahasiswa ini. Budak bawah 12 tahun pun sekarang dah tahu tentang politik, malah usia 18 pun dah boleh mengundi. Mereka ini boleh akses macam-macam maklumat dalam internet dan media sosial.

Sepatutnya universiti jadi tempat untuk mencambahkan fikiran, membudayakan ilmu, memperkuatkan idealisme dan banyak lagi. Sudah tidak sesuai untuk kongkong pemikiran mahasiswa lagi.

Sebenarnya, lagi kuat tekanan yang diberikan terhadap mahasiswa, darah melawan mereka juga lebih tinggi.

Tok lihat pengikut-pengikut Fahmi Reza ni begitu ramai kerana yang tonton akaun dia boleh cecah sampai ratus ribu orang.

Jadi sudah tentu ia beri kesan negatif kepada imej universiti, tetapi lebih buruk beri kelebihan kepada parti-parti tertentu dalam pilihan raya.

Klik di sini untuk terus membaca