SHAH ALAM - Setelah seminggu tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kebanyakan pengundi muda antara umur 18 hingga 20 tahun masih belum membuat keputusan mengenai calon, parti atau gabungan parti yang akan menjadi pilihan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Setelah seminggu tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kebanyakan pengundi muda antara umur 18 hingga 20 tahun masih belum membuat keputusan mengenai calon, parti atau gabungan parti yang akan menjadi pilihan mereka.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, perkembangan itu adalah antara dapatan awal kajian yang sedang dijalankan bagi mengetahui gabungan parti mana yang mampu memenangi PRU15.

Justeru menurutnya, berbaki enam hari lagi tempoh berkempen, peluang untuk parti-parti memenangi hati pengundi masih terbuka.

"Kami belum merumuskan lagi 222 kerusi Parlimen. Namun setakat kami temu bual pengundi masih lagi belum membuat keputusan terutamanya pengundi 18 hingga 20 tahun.

"Mereka masih lagi mahu melihat dan menilai. Jadi dalam tempoh pecutan akhir ni masih lagi terbuka kepada parti-parti atau calon-calon untuk memenangi hati kelompok yang belum membuat keputusan ini masih terbuka,” katanya.

Tambah beliau, ketika ini juga, faktor calon dilihat sangat mempengaruhi pecutan akhir kerana fokus pengundi lebih kepada pemilihan berdasarkan keupayaan calon, bukannya parti.

"Mereka pilih calon yang boleh bertemu untuk mengadu masalah dan wakil rakyat ini akan memperjuangkan masalah mereka di Parlimen.

"Jadi mana-mana calon yang menawarkan perkara itu saya rasa dia akan dapat kelebihan bagi mendapat undi daripada pengundi yang belum buat keputusan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan pemerhatian terhadap impak kempen-kempen yang dijalankan kesemua parti di media sosial mahupun lapangan, PN dan PH dijangka memperoleh kelebihan untuk mendapat sokongan pengundi atas pagar.

Katanya, daripada segi perang media sosial, PN dilihat lebih mendahului dan lebih gah berbanding dengan BN dan PH menjadikannya sebagai nilai tambah untuk meraih sokongan.

"PH sangat bergantung kepada ceramah kemudian akan disebarkan dalam media sosial dan mengharapkan itu diterjemahkan untuk membentuk pengundi menyokong mereka.

"UMNO dan BN ada kelebihan tertentu. Mereka bergerak dengan kekuatan anggota parti dan menggunakan pendekatan ceramah berkelompok,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca