TOK ada terima banyak aduan daripada kawan-kawan mengenai kesukaran untuk mendapatkan respons daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Banyak perkara yang perlu dijelaskan dan dijawab oleh agensi yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan... Klik di sini untuk terus membaca

TOK ada terima banyak aduan daripada kawan-kawan mengenai kesukaran untuk mendapatkan respons daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Banyak perkara yang perlu dijelaskan dan dijawab oleh agensi yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun, kesukaran untuk mendapatkan respons itu telah menimbulkan keresahan dan kekeliruan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.

Satu daripada perkara tersebut ialah mengenai cadangan waktu mengundi yang disarankan oleh SPR untuk mengelakkan kesesakan. Tok boleh faham apa yang disampaikan oleh SPR.

Tetapi malangnya, ada pihak telah menularkan satu mesej menerusi WhatsApp dan mendakwa pengundi yang tidak dapat hadir pada waktu yang ditetapkan akan menyebabkan mereka tidak dibenarkan untuk mengundi.

Mula-mula Tok terima sendiri mesej ini kemudian ia semakin tersebar luas dalam kumpulan WhatsApp keluarga Tok.

Ia telah menimbulkan panik dalam kalangan ahli keluarga Tok, namun mujurlah Tok dapat jelaskan kepada mereka.

Tetapi persoalannya bagaimana dengan mereka yang tidak mendapat maklumat yang tepat?

Selalunya, dalam pilihan raya yang pernah Tok sertai, bos-bos SPR yang paling sibuk buat tinjauan ke sana dan ke sini serta membuat sidang akhbar harian berhubung perjalanan pilihan raya.

Malangnya banyak isu-isu besar yang timbul tetapi tidak diambil peduli oleh SPR.

Antara perkara yang serius ialah masalah melibatkan undi pos luar negara, isu data pengundi bocor dan tular cop basah yang didakwa memberi kesan besar kepada kertas undi.

Jadi tinggal berbaki empat hari sahaja lagi, Tok harap SPR dapatlah selesaikan masalah-masalah yang berbangkit ini dengan segera.

Klik di sini untuk terus membaca