SHAH ALAM- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Setiawangsa, Nurul Fadzilah Kamaluddin mengakui teruja dengan respon positif diberikan oleh penduduk setempat terutama pengundi lama terhadap pencalonannya di kawasan tersebut bagi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Setiawangsa, Nurul Fadzilah Kamaluddin mengakui teruja dengan respon positif diberikan oleh penduduk setempat terutama pengundi lama terhadap pencalonannya di kawasan tersebut bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, meskipun pada awal terdapat sedikit kerisauan kerana dicalonkan di Parlimen tersebut yang diklasifikasikan ‘kerusi panas’ namun beliau cuba bersikap tidak cepat melatah.

"Apabila saya turun ke lapangan di Parlimen Setiawangsa ini, penerimaan daripada pengundi lama adalah sangat bagus.

"Bagi saya reaksi tersebut mungkin disebabkan mereka melihat kepada faktor-faktor latar belakang dan kematangan yang ditunjukkan calon di kawasan tersebut,” kata beliau dalam program Sinar Live: Ustazah Terjun Dunia Politik yang dihoskan Fahiz Ariff pada Selasa.

Nurul Fadzilah (Kanan) dalam program Sinar Live: Ustazah Terjun Dunia Politik yang dihoskan Fahiz Ariff pada Selasa.

Parlimen Setiawangsa menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Nurul Fadzilah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad selaku penyandang kerusi tersebut, Izudin Ishak (BN) dan Bibi Sunita Sakandar Khan (Pejuang) serta Mejar (B) Mior Rosli (Bebas).

Nurul Fadzilah turut berpandangan bahawa kestabilan negara akan terjamin sekiranya PN berjaya menerajui tampuk kepimpinan negara.

"Saya yakin visi yang dibawa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu bersih dan stabil akan dikekalkan.

"Beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang cukup prihatin terhadap rakyat terutama semasa pandemik Wabak Covid-19,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca