TERKEJUT betul Awang apabila Presiden Pas kata mengisytiharkan harta itu 'satu kebodohan'.Perbuatan itu nak menunjuk-nunjuk pada orang ramai, katanya. Beliau diminta komen tentang langkah calon PKR yang perlu isytihar harta. Dari... Klik di sini untuk terus membaca

TERKEJUT betul Awang apabila Presiden Pas kata mengisytiharkan harta itu 'satu kebodohan'.

Perbuatan itu nak menunjuk-nunjuk pada orang ramai, katanya. Beliau diminta komen tentang langkah calon PKR yang perlu isytihar harta.

Dari dulu pun Awang memang syak pendirian Pas dalam soal rasuah. Bukanlah Awang minta parti itu beri sokongan pada gerakan massa seperti #RasuahBusters.

Selama ini pun Pas memang nampaknya ada pandangan berbeza tentang soal rasuah.

Pada pandangan Awang, soal isytihar harta ini penting bagi semua calon. Kita tak mahu seorang calon miliki sebuah Proton Wira sewaktu bertanding tetapi setahun selepas pegang jawatan dalam kerajaan sudah ada sebuah rumah banglo dan enam buah kereta mewah di rumah. Tentulah rakyat bertanya dari mana datangnya duit membeli kereta atau rumah mewah itu?

Dalam keadaan sekarang memang rakyat mencurigai orang politik. Orang ramai pun percaya keadaan rasuah di negara kita sudah sampai pada tahap kritikal. Macam kata seorang ilmuan terkenal, jikalau rasuah itu seperti orang sakit, keadaannya sudah sampai peringkat kawalan rapi atau ICU.

Oleh sebab itu, bagus sangatlah cadangan calon PRU15 isytihar harta. Memang bukan wajib buat begitu. Tak ada paksaan mana-mana individu atau parti untuk buat begitu. Tapi PKR sudah tetapkan syarat untuk calon pilihan raya agar isytihar harta.

Sepatutnya Pas sokong penuh walaupun Pas tak mahu buat. Ini soal ketelusan dan govenans.

Klik di sini untuk terus membaca