PADA musim pilihan raya ini, teringatlah Awang pada peribahasa Melayu, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'.
Ada kalanya akibat mulut, yang rosak dan binasa bukan badan si penyebut sahaja, tapi juga parti, bangsa dan negaranya.
Bukan kecil kesan apa yang terkeluar dari mulut kita. Maklumlah, lidah tak bertulang. Bagi sesetengah orang bercakap ikut sedap rasa sahaja oleh sebab modalnya air liur.
Awang tak faham bagaimana seorang pelakon yang bukan calon pun boleh mengeluarkan kata-kata yang maksudnya lebih kurang nak sembelih orang lain.
Kita semua tahu keadaan masyarakat kita hari ini. Kita juga tahu selain yang beragama Islam, ada yang beragama lain juga. Amalan beragama dipelihara oleh Perlembagaan.
Bagus sangatlah pelakon yang tak berapa terkenal itu memohon maaf. Kata-kata yang keluar dari mulutnya bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi berbahaya pada negara kita. Sebelum ini seorang penyanyi terkenal terpaksa minta maaf disebabkan buat kenyataan yang tidak ada buktinya.
Awang harap hal ini pengajaran buat semua. Janganlah oleh sebab nak menang atau nak tarik undi, cakap apa sahaja. Termasuk sentuh isu yang sensitif dalam masyarakat kita.
Klik di sini untuk terus membaca