KURANG 72 jam lagi seramai 21 juta pengundi berdaftar di negara ini akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Bagi calon dan parti bertanding, tempoh ini yang paling kritikal sekali.
Tok juga tidak sabar untuk mengetahui calon dan parti mana yang bakal menubuhkan kerajaan baharu.
Tok dapat merasakan semua pihak mempunyai peluang yang seimbang dan sama rata.
Ada cakap-cakap di lapangan yang mengatakan terdapat kemungkinan tiada parti mampu capai majoriti mudah iaitu 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Jika ia berlaku maka, besar kemungkinan kita akan menyaksikan semua parti politik di negara ini akan membuat penjajaran baharu.
Bagaimanapun, Tok dapati sebenarnya masih ada peluang juga untuk sesebuah gabungan itu mampu mencapai kemenangan.
Kuncinya terletak kepada golongan undecided atau atas pagar yang masih belum dapat buat keputusan.
Golongan ini sangat besar dan mereka ini adalah pengundi kingmaker yang akan membantu mana-mana parti memenangi kerusi Parlimen.
Berdasarkan pola pada pilihan raya umum lalu, golongan muda terutamanya tidak keluar mengundi atas pelbagai faktor.
Jadi tarikh 19 November ini akan menyaksikan sama ada golongan tersebut akan keluar mengundi atau tidak.
Bagi sesetengah pemerhati, trendnya akan menjadi sama seperti yang berlaku sebelum ini.
Jadi ada banyak perkara yang telah dilakukan untuk pujuk pengundi untuk keluar mengundi.
Antaranya pemberian gaji dan pencen awal, cuti umum, wang bantuan dan pelaksanaan undi automatik.
Klik di sini untuk terus membaca