SALAH satu isu besar dalam negara kita adalah soal integriti. Soal amanah.
Oleh sebab itu, banyak kes ketirisan dan skandal. Banyaklah sudah diperkatakan soal rasuah yang kronik dalam negara kita.
Hal itu bukan sahaja dibincang dalam buku tulisan Profesor Tan Sri Mohd Kamal Hassan tetapi juga titah beberapa orang sultan Melayu.
Oleh sebab itu, gerakan massa seperti #RasuahBusters dimulakan. Kita mengharapkan pilihan raya kali ini bebas rasuah. Bukan sahaja semasa berkempen tetapi semasa mengundi.
Awang sokong tindakan SPR tak benarkan telefon bimbit dibawa masuk ke tempat mengundi.
Kita tak mahu kertas yang telah dipangkah diambil foto dan dihantar pada 'penaja'. Maklumlah akan ada orang yang sanggup jual masa depan demi RM100.
Awang mahu semua parti lakukan pembersihan dalaman.
Oleh sebab itu, pengundi mesti hantar mesej yang jelas. Apa pun kedudukan kamu, sekiranya kamu amalkan rasuah dan salah guna kuasa, kami akan tolak.
Ingatlah, rasuah punca segala masalah. Rasuah bunuh masa depan rakyat dan negara.
Awang juga nak ingatkan dalam PRU15 ini, isu perkauman dan agama dimainkan dengan begitu menakutkan sekali.
Janganlah korbankan keharmonian rakyat hanya untuk menarik undi.
Klik di sini untuk terus membaca