INI adalah hari terakhir Tok menulis untuk ruangan ini sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula. Jadi Tok hendak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada para pembaca jika ada yang tersinggung. Tetapi tiada perkara sensitif... Klik di sini untuk terus membaca

INI adalah hari terakhir Tok menulis untuk ruangan ini sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula.

Jadi Tok hendak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada para pembaca jika ada yang tersinggung.

Tetapi tiada perkara sensitif Tok tulis melainkan tentang apa realiti yang berlaku sepanjang proses kempen.

Sekarang segalanya diserahkan kepada pengundi untuk buat keputusan besar melibatkan masa depan rakyat.

Tok harap semua pertimbangan sudah dilakukan bagi membolehkan pengundi memilih calon atau parti.

Masa depan memang kita tidak boleh hendak ramal apa yang berlaku, namun apa yang pasti beberapa bulan lagi kita akan hadapi satu lagi pilihan raya.

Ada beberapa negeri yang ambil keputusan untuk tidak bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Tok tidak pasti suasana yang meriah pada ketika ini akan dapat berulang lagi untuk pilihan raya peringkat DUN.

Bagaimanapun, kita nikmati dulu debaran keputusan PRU15 yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ramai tak sabar-sabar hendak tayang jari mereka yang ada dakwat kekal hari ini.

Ada kata kita sambut pilihan raya lima tahun sekali tetapi malangnya dengan ketidakstabilan politik, kita akan hadapi lebih banyak pilihan raya dalam tempoh lima tahun ini.

Ini kerana ada negeri-negeri sudah mengadakan pilihan raya lebih awal.

Jadi Tok cuma nak ucapkan selamat berpilihan raya dan bercuti kepada mereka yang pulang ke kampung.



Klik di sini untuk terus membaca