SHAH ALAM - Dua nama besar dalam Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Khalid Abdul Samad tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada Sabtu.
Nasib Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah terlebih dahulu diketahui selepas hanya meraih 20,410 undi, tewas kepada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dari Barisan Nasional (BN) dengan 25,042 undi.
Khalid sebelum ini merupakan penyandang Parlimen Shah Alam sejak 2008, apabila beliau memenangi kerusi itu ketika mewakili Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan kali kedua pada 2013, sebelum mempertahan Shah Alam buat kali ketiga apabila bertanding mewakili Amanah dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah pula tewas kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Misbahul Munir Masduki yang mewakili Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Parit Buntar.
Pengerusi PH Perak itu mendapat 17,828 manakala Misbahul Munir dengan 23,223 undi.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu sebelum ini mempertahankan Parlimen Parit Buntar sejak PRU12 (Pas-PR), PRU13 (Pas-PR) dan PRU14 (Amanah-PH).
Klik di sini untuk terus membaca