SHAH ALAM - Teka-teki mengenai parti manakah akan membentuk jajaran kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin mendebarkan apabila belum ada pengumuman rasmi dibuat mana-mana gabungan. Selepas tamat kiraan undi di semua... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Teka-teki mengenai parti manakah akan membentuk jajaran kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin mendebarkan apabila belum ada pengumuman rasmi dibuat mana-mana gabungan.

Selepas tamat kiraan undi di semua 220 kerusi pagi ini menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh paling kerusi ia sebanyak 82, ia dikuti Perikatan Nasional (PN) yang membuat kejutan paling besar apabila menang 73 kerusi Parlimen.

Barisan Nasional (BN) pula kalah teruk apabila cuma menang 30 kerusi manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) cemerlang dengan 22 kerusi.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang merupakan parti bayangan Bersatu dan PN di negeri di Bawah Bayu pula memperoleh enam kerusi diikuti Warisan yang cuma menang tiga kerusi.

Dua calon Bebas membuat kejutan apabila menang di Tenom dan Kudat manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing berjaya mendapat satu kerusi di Julau dan Kota Marudu.

Sejak pagi tadi terdapat pelbagai teori kerajaan perpaduan manakah yang akan membentuk kolasi antaranya: Teori 1 PH (82) + PN (73) = 155 kerusi.

Ini merupakan angka kerajaan baharu paling stabil namun agak sukar berlaku.

Teori 2 PH (82) + BN (30) = 112 kerusi.

Boleh berlaku tetapi angka yang tipis boleh menyebabkan kerajaan baharu goyang.

Teori 3 PH (82) + BN (30) + Warisan (3) = 115 kerusi.

Juga boleh berlaku kerana Warisan pernah bersama PH.

Teori 4 PN (73) + BN (30) + GPS (22) + GRS (6) = 131 kerusi.

Ini antara kemungkinan paling tinggi kerana dua kerajaan selepas Langkah Sheraton juga terdiri daripada parti-parti ini.

Teori 5 PN (73) + BN (30) + GPS (22) + GRS (6) + PBM (1) + (KDM) = 132 kerusi.

Ini juga antara teori yang boleh terjadi kerana PBM antara parti yang sebelum ini dilihat berada dalam kerajaan.

Teori 6 PH (82) + GPS (22) + GRS (6) + Warisan (3) = 113 Boleh berlaku tetapi angka yang tipis boleh menyebabkan kerajaan baharu goyang.

Teori 7 PH (82) + GPS (22) + GRS (6) + BN (30) = 140 Ini satu lagi kemungkinan jajaran dengan angka majoriti yang agak solid.

Walaupun pada awal pagi tadi, kedua-dua parti yang menang besar iaitu PH dan PN mendakwa mereka akan membentuk kerajaan dengan sokongan beberapa parti namun tidak dipastikan parti manakah yang akan bersama mereka.

Bagaimanapun pagi ini juga, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memulakan langkah dan 'perang psikologi' apabila memaklumkan yang beliau mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Muhyiddin juga memaklumkan susulan pertemuan itu, beliau akan mengadakan rundingan dengan beberapa parti-parti lain untuk membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

Beliau perlu menambah koalasi kerana gabunagn PN dan GPS baru mencapai 95 kerusi, kurang 17 lagi kerusi untuk melepas majoriti mudah 117.

Teori 7 PH (82) + GPS (22) + GRS (6) + BN (30) = 140 Ini satu lagi kemungkinan jajaran dengan angka majoriti yang agak solid.

Walaupun pada awal pagi tadi, kedua-dua parti yang menang besar iaitu PH dan PN mendakwa mereka akan membentuk kerajaan dengan sokongan beberapa parti namun tidak dipastikan parti manakah yang akan bersama mereka.

Bagaimanapun pagi ini juga, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memulakan langkah dan 'perang psikologi' apabila memaklumkan yang beliau mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Muhyiddin juga memaklumkan susulan pertemuan itu, beliau akan mengadakan rundingan dengan beberapa parti-parti lain untuk membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

Beliau perlu menambah koalasi kerana gabungan PN dan GPS baru mencapai 95 kerusi, kurang 17 lagi kerusi untuk melepas majoriti mudah 117.

Klik di sini untuk terus membaca