SEBETULNYA Awang tak ingat mana-mana pilihan raya umum yang suhu perkauman dan agamanya begitu tinggi seperti PRU15. Pilihan raya kali ini amat menakutkan sekali.
Nampaknya soal perkauman dan agama digunakan sepenuhnya untuk meraih undi.
Awang tak jangka ada parti tertentu yang guna media sosial dengan begitu ganas sekali untuk tarik pengundi muda, khususnya Undi18.
Apa yang dimainkan adalah cerita tentang bahaya apabila seseorang mengundi parti tertentu.
Nampaknya sesuai dengan era semasa, media sosial memainkan peranan yang cukup besar.
Awang rasa ini 'Pilihanraya TikTok', Ada parti tertentu yang takutkan orang Melayu dan Islam bahawa ada tempat tak boleh azan, budak perempuan Muslim akan dipaksa pakai skirt ke sekolah dan siapa undi parti tertentu akan masuk neraka.
Begitu berkesan TikTok sebegitu pada saat-saat terakhir, ramailah pengundi muda Melayu yang termakan.
Di banyak saluran orang muda, telah memenangkan parti berkenaan.
Awang tak duga pada tahun 2022, isu perkauman dan agama jadi modal besar pilihan raya.
Pada pendapat Awang, kerosakan ke atas hubungan kaum negara ini nampaknya sukar dipulihkan jikalau tidak dikawal.
Lebih buruk lagi Peristiwa 13 Mei nampaknya jadi momok baharu selepas pilihan raya.
Bak kata orang, menang jadi abu, kalah jadi orang.
Klik di sini untuk terus membaca