SAMPAI hari Selasa, tiga hari selepas PRU15, masih belum ada individu yang dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-10. Seingat Awang, belum pernah berlaku hal seperti ini dalam sejarah pilihan raya negara kita.
Inilah yang sebenarnya disebutkan 'Parlimen Tergantung'.
Pakatan Harapan (PH) dapat 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) dapat 73 kerusi. BN pula dapat 22 kerusi. Kali ini UMNO kena pukulan TKO.
Namun demikian tidak ada gabungan yang mempunyai majoriti mudah, melebihi 122 kerusi untuk memerintah.
BN yang diajak ikut PH menolak tawaran itu, lebih rela jadi pembangkang. Parti-parti gabungan dari Sarawak memilih PN, namun itu pun tak cukup untuk PN buat kerajaan.
Siapa yang sangka BN yang kalah teruk boleh jadi penentu penubuhan kerajaan? Nampaknya yang kalah belum tentu kalah semua.
Itulah politik Malaysia, orang yang kalah boleh jadi kerajaan macam kerajaan sebelum ini. Yang menang macam PH kena tolak melalui langkah yang tidak terhormat.
Nampaknya Istana Negara terpaksa campur tangan. Dua pemimpin utama PH dan PN dipanggil ke istana untuk cuba selesaikan masalah itu. Awang rasa itulah cara yang terbaik. Biarlah ada persetujuan di antara kedua-dua parti utama itu.
Macam kata Tuanku Yang Di-Pertuan Agong, kita perlu move-on. Nasihat yang baik demi masa depan bersama.
Klik di sini untuk terus membaca