SHAH ALAM - Hanya pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) dapat memastikan UMNO-BN mencapai solusi kestabilan kerajaan perpaduan baharu dan parti itu sendiri untuk... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Hanya pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) dapat memastikan UMNO-BN mencapai solusi kestabilan kerajaan perpaduan baharu dan parti itu sendiri untuk jangka masa panjang.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, meskipun jangkaan pelantikan Ahmad Zahid oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke-10 berpotensi mengundang kontroversi, rakyat tidak boleh menolak hakikat bahawa Presiden UMNO itu juga masih belum disabitkan kesalahan atas kes mahkamah dihadapi.

Jelas beliau, perkara sama juga boleh dirujuk kepada Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng susulan kedua-dua pemimpin itu masih berhadapan kes mahkamah.

"Saya lihat kemungkinan besar Ahmad Zahid lebih berpeluang dilantik sebagai TPM berbanding Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan).

"Kalau ikut hierarki parti, Ahmad Zahid paling layak dilantik TPM. Kalau Ahmad Zahid tidak mengambil jawatan berkenaan, UMNO pastinya akan kembali bergolak sebagaimana senario berlaku sewaktu kerajaan PN dan Keluarga Malaysia di mana pemimpin UMNO tidak berjawatan tidak mengikut arahan parti.

"Lebih membimbangkan, situasi pergolakan dalaman UMNO-BN kelak bukan sahaja akan memudaratkan parti berkenaan, bahkan mampu menggugat kestabilan kerajaan perpaduan baharu dipimpin Anwar kelak," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Mohamad ketika tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Rembau di Dewan Seri Rembau sempena PRU15. - Foto Bernama

Ketika ini, ramai pihak meramalkan Tok Mad selaku Timbalan Pengerusi BN lebih berpeluang dilantik sebagai TPM, namun dinamik perkembangan terkini politik dalam UMNO-BN mungkin menyaksikan Anwar lebih memilih Ahmad Zahid bagi jawatan berkenaan.

Pandangan sama turut dikongsi oleh pemimpin veteran DAP, Ronnie Liu yang meminta rakyat agar bersikap adil terhadap Ahmad Zahid yang masih belum disabitkan kesalahan atas mana-mana kes mahkamah dihadapi beliau ketika ini.

Ujarnya, sekiranya Ahmad Zahid dianggap tidak layak memegang jawatan TPM, maka pemimpin PH seperti Guan Eng dan Syed Saddiq juga sewajarnya ditolak daripada dipertimbangkan Anwar untuk menyertai Kabinet kerajaan perpaduan baharu.

"Mengapa Ahmad Zahid tidak layak menjadi TPM? Beliau belum disabitkan lagi sebarang kesalahan mahkamah. Parti BN dikemudi beliau masih mampu menang 30 kerusi Parlimen pada PRU15, meskipun angka itu dianggap kekalahan terburuk UMNO-BN dalam sejarah PRU.

"Dengan Tok Mat pun dilihat cuba berubah pendirian untuk menyertai segelintir pemimpin BN menyertai kerajaan PN saat akhir, bolehkah Anwar mempercayai pemimpin seperti ini untuk menjadi pemimpin nombor dua beliau?" katanya.

Klik di sini untuk terus membaca