DUA puluh empat tahun lalu, Tuk Seri Anwar dilucutkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Dia dituduh dengan tuduhan yang sangat hina selain rasuah. Dia dipukul di lokap. Dia dipenjara dua kali selama lapan tahun.
Sewaktu menjadi pemimpin pelajar pada tahun 1970-an, beliau pernah ditahan di bawah ISA selama dua tahun.
Dipendekkan cerita, dari 75 tahun usianya, dia dalam tahanan selama 10 tahun.
Alhamdulillah, beliau dinobatkan Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada hari Khamis baru lalu.
Perjalanan panjang dari kampung Cherok Tok Kun ke Putrajaya dengan segala ranjau dan duri.
Syabas pada beliau. Tapi Awang nak ingatkan juga bahawa ini hanya permulaan kepada laluan yang lebih susah.
Tak mudah jadi PM dalam keadaan hari ini. Politik kita tidak stabil. Ekonomi kita terjejas. Mata wang kita merudum. Rakyat kita banyak yang susah.
Pada waktu yang sama sentimen kaum dan agama dimainkan dengan cara yang menakutkan. Media sosial digunakan untuk memfitnah, meracuni fikiran rakyat dan memecahbelahkan keharmonian.
Anwar kena baiki semua itu. Memang betul, beliau ialah PM untuk semua. Jagalah semua rakyat tak kita bangsa dan agama.
Berpegang teguhlah pada Perlembagaan dan Rukun Negara.
Belajarlah daripada pengalaman dan penderitaan untuk menjadi pemimpin yang lebih baik.
Klik di sini untuk terus membaca