AWANG harap Anwar kotakan janjinya nak perangi rasuah sampai ke lubang cacing.
Kita tahu keadaan kronik rasuah pada masa ini. Rakyat dah jemu jelak dengan amalan rasuah yang berleluasa.
Lepas satu, satu skandal muncul. Lepas 1MDB, LCS pula. Mereka yang dapat habuan skandal 1MDB masih bebas lepas.
Ada parti politik yang khabarnya dapat duit 1MDB, nampak terselamat.
Banyak juga pihak yang bangkitkan cara pembelian vaksin masa pandemik dulu.
Begitu juga banyak peruntukan digunakan semasa pandemik yang dikatakan tidak telus.
Awang harap disiasat juga mana-mana syarikat yang jadi sponsor utama kegiatan rosakkan harmoni dan muhibah rakyat dalam media sosial.
Ada parti yang punya duit melimpah ruah untuk ditabur sewaktu PRU15 dengan buat TikTok negatif dan macam-macam cara lain untuk pengaruhi pengundi.
Awang juga harap kerajaan baharu cari cara terbaik strukturkan semula SPRM. Kaji juga keberkesanan pelbagai panel di dalamnya.
Awang harap kerajaan perpaduan betul-betul berpadu untuk hapuskan rasuah.
Siapapun dalam gabungan yang ada kes rasuah perlu disiasat dan didakwa.
Tidak ada siapa yang patut dilindungi termasuk mereka yang pimpin parti dalam kerajaan perpaduan.
Awang juga harap gerakan #RasuahBusters akan dihormati oleh kerajaan baharu.
Klik di sini untuk terus membaca