AWANG sokong sangat tindakan Tuk Seri Anwar nak selesaikan masalah derita rakyat. Bagus sangatlah tindakan pertama beliau panggil mesyuarat pegawai tinggi kerajaan pada hari cuti untuk bincang hal harga barang dan subsidi.
Rakyat dah lama menderita. Harga barang naik. Ada barang tak ada pun di pasaran macam minyak masak dan telur.
Ekonomi teruk. Mata wang jatuh. Tiap hari adalah kerugian jikalau tindakan ditangguh.
Banyak jugalah yang kata, Anwar sibuk pasal telur. Bagi Awang telur itu lambang sahaja. Kerajaan dulu tak boleh pun selesaikan isu telur. Telur bahan makanan berprotein bagi rakyat. Patutnya harganya murah dan senang didapati.
Awang setuju Anwar beri tumpuan pada soal kehidupan rakyat. Tak usahlah fikir nak bermewah-mewah. Pakailah apa yang ada. Tak usah baik pulih pejabat. Tak usah beli kereta baharu.
Masa rakyat susah, PM pun kena bertahan dari nikmati kemudahan yang mewah.
Bagi Awang kunci kejayaan mana-mana kerajaan adalah ia dapat hayati masalah rakyat. Ada pemimpin yang duduk atas awan. Ada yang duduk atas mimbar. Ada yang ambil gaji besar, nikmati kemudahan macam-macam dengan gelaran itu ini tapi tak buat kerja.
Kita mahu PM yang action-oriented. Buat kerja, bukan cakap kosong berdegar-degar.
Klik di sini untuk terus membaca