AWANG sebenarnya hormati Tan Sri Hadi Awang sebagai Presiden Pas. Namun demikian Awang tak hormat pada beliau oleh sebab 'Amanat Haji Hadi' satu masa dulu. Amanat itu dilafazkan di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sebenarnya hormati Tan Sri Hadi Awang sebagai Presiden Pas.

Namun demikian Awang tak hormat pada beliau oleh sebab 'Amanat Haji Hadi' satu masa dulu. Amanat itu dilafazkan di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Akibat amanat itu, habis porak peranda umat Islam. Masjid dan surau berpecah belah, saudara mara berbalah dan suami isteri bertegang lidah.

Hadi Awang bukan macam Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz. Dia dalam kategori yang lain. Tuan Guru terkenal kerana sifat terpuji dan toleran walaupun pada musuh-musuh politiknya. Tapi Hadi Awang orang politik tegar.

Awang boleh faham, dia tak setuju Tuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri. Macam Abahku Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau rasa Perikatan Nasional (PN) menang besar dan layak jadi kerajaan.

Awang juga boleh faham akibat hendak berkuasa, Muhyiddin dan Hadi Awang macam tak ambil endah titah Tuanku Agong untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan.

Awang pun tak hairan serangan bala tentera siber Pas terhadap Tuk Seri Anwar, PH serta parti gabungannya. Awang harap mereka semua celik mata pada realiti hari ini.

Ingatlah, nak berkuasa pun ada batasnya. Bukankah Islam mengajak perpaduan dan silaturahim, bukan perpecahan dan sengketa?

Awang juga tak hairan Haji Hadi akan keluar amanat baru untuk menghalalkan tindakan partinya selepas ini.

Klik di sini untuk terus membaca