SHAH ALAM - Kemasukan sesetengah pelancong Malaysia ke kawasan yang digazetkan di bawah pentadbiran wilayah Israel seperti Tasik Galilee dan Baitulmaqdis bukanlah menjadi suatu isu. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kemasukan sesetengah pelancong Malaysia ke kawasan yang digazetkan di bawah pentadbiran wilayah Israel seperti Tasik Galilee dan Baitulmaqdis bukanlah menjadi suatu isu.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, meskipun rakyat Malaysia tidak dibenarkan menggunakan pasport mereka untuk masuk ke negara tersebut tetapi masih terdapat prosedur lain yang membenarkannya.

Bagaimanapun katanya, rakyat Malaysia yang hendak melawat kawasan-kawasan di Israel perlu memohon terlebih dahulu kepada agensi pelancongan yang beroperasi Amman, Jordan.

"Mereka kena mohon dengan agensi pelancongan di Amman, Jordan dan agensi itu akan uruskan segala-galanya bermula daripada visa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Ujarnya, setelah diluluskan, pelancong Malaysia boleh melawat mana-mana lokasi menarik di negara berkenaan.

Jelas beliau, dalam setahun, dianggarkan seramai 5,000 hingga 10,000 pelancong Malaysia yang melancong ke negara tersebut.

Tambah Razali, meskipun rakyat Malaysia kebiasaannya memasuki Israel menerusi Jordan, namun mereka juga boleh menggunakan beberapa penerbangan secara terus ke negara tersebut dengan menggunakan surat yang dikeluarkan agensi di Amman.

"Antara syarikat penerbangan tersebut ialah Ethiopia Airlines,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca