AWANG ucapkan tahniah pada semua ahli Parlimen yang dilantik Timbalan Perdana Menteri (TPM), menteri dan timbalan menteri.
Awang faham tak mudah bagi Tuk Seri Anwar Ibrahim nak pilih mereka. Maklumlah ada parti lain yang bergabung dengan PH.
Lagi pun adatnya bukan Anwar yang tentukan siapa masuk senarai. Ketua parti yang buat gitu. Mungkin dengan PH dia boleh runding lebih mendalam tetapi dengan parti gabungan lain dia mungkin hanya tentukan kementerian mana. Dalam keadaan begitu tentulah kita tak boleh harapkan yang terbaik.
Begitulah demokrasi. Anwar dan PH harus hidup dengan orang lain, termasuk mereka yang diserang oleh beliau dan orang-orangnya semasa kempen.
Tapi dalam politik tak ada kawan yang berpanjangan dan tak ada musuh selama-lamanya.
Musuhpun harus hidup sekelambu juga.
Jadi, walaupun kabinet ini tak sempurna seperti yang kita semua harapkan, kita doakan mereka dapat buat yang terbaik.
Ini bukan masa nak berpolitik. Ini masa untuk bekerja.
Kurangkan cakap, banyakkan kerja. Ini ujian utama bagi Anwar sebagai PM, untuk pastikan kabinetnya berfungsi dengan baik.
Ingatlah kritikannya terhadap kabinet yang dulu. Dia bukan sahaja harus buat lebih baik tapi pastikan hasilnya yang terbaik.
Klik di sini untuk terus membaca