AWANG bukanlah jenis orang yang setuju dengan peribahasa Melayu "sekali air bah sekali pantai berubah.” Maksudnya apabila berlaku perubahan pimpinan politik, maka semua harus berubah. Memang itu jadi masalah dalam negara kita, apabila... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG bukanlah jenis orang yang setuju dengan peribahasa Melayu "sekali air bah sekali pantai berubah.”

Maksudnya apabila berlaku perubahan pimpinan politik, maka semua harus berubah. Memang itu jadi masalah dalam negara kita, apabila bertukar kerajaan, semua bertukar, termasuk dasar, walaupun dasar yang terdahulu itu baik.

Malah apabila bertukar menteri dari parti yang samapun, akan berlaku perubahan. Menteri baharu tak mahu teruskan apa yang baik telah dibuat oleh menteri sebelumnya.

Tapi dalam hal Speaker Dewan Rakyat, Awang harap akan berlaku perubahan kali ini. Kita semua tahu siapa Tan Sri Azhar Azizan Harun. Banyak orang berasa kecewa dengan beliau.

Banyaklah keresahan dan kekecewaan ahli-ahli Parlimen tentang bagaimana beliau mengendalikan sidang Parlimen.

Kita semua tahu siapa beliau sebelum menjadi Speaker. Beliau yang dikenal sebagai Art Harun ada siri videonya sendiri yang amat terbuka, kritikal dan disukai.

Tetapi apabila menjadi Speaker, beliau berubah 180 darjah. Banyak isu penting yang beliau halang daripada dibahaskan.

Ini termasuklah isu yang membabitkan kepentingan rakyat, skandal dan salah laku pemimpin yang beliau tak benarkan dibahas.

Beliau macam tak faham apa itu "kepentingan awam.” Awang harap kita carilah Speaker yang lebih bertanggungjawab.

Klik di sini untuk terus membaca