SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk segera membentangkan usul pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan pendakwa raya dalam persidangan Parlimen pada Disember ini. Pengurus Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Sudhagaran Stanley... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk segera membentangkan usul pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan pendakwa raya dalam persidangan Parlimen pada Disember ini.

Pengurus Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Sudhagaran Stanley berkata, ia adalah inisiatif yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga sebelum usul berkenaan diluluskan di Parlimen.

Menurutnya, dengan Kerajaan Perpaduan mempunyai jumlah majoriti sokongan, tiada lagi alasan menangguhkan reformasi itu kerana BN dan Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto telah bersetuju untuk melaksanakannya.

"Pada tahun sama, jawatankuasa kerja ini telah menjalankan usaha bersepadu untuk mewujudkan pejabat pendakwa raya baharu, mengenal pasti keperluan logistik asas dari segi kakitangan, struktur organisasi dan infrastruktur, seperti yang dilaporkan oleh laporan kemajuan Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

"Ini sememangnya satu pembaharuan penting yang harus dilaksanakan segera,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan mengesyorkan Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan perubahan ke atas fungsi dan perjalanan Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, perubahan itu bertujuan memberi kebebasan dan kuasa untuk menjalankan tugas dengan adil tanpa pengaruh eksekutif atau politik.

"Buat masa ini, Peguam Negara di Malaysia mempunyai dua peranan berbeza di bawah Perlembagaan Persekutuan, iaitu penasihat undang-undang utama kepada kerajaan dan pada masa sama bertindak sebagai pendakwa raya.

"Sebagai pendakwa raya, Peguam Negara dikehendaki bertindak secara bebas, tidak berat sebelah dan menjaga kepentingan awam tanpa pertimbangan politik.

"Jadi Peguam Negara kini berada dalam kedudukan bercanggah. Ada kalanya kepentingan kerajaan mungkin tidak sesuai dengan kepentingan awam,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca