SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan pengumuman beberapa perkara dicapai dalam mesyuarat khas kabinet disifatkan pendekatan memahami keperitan dihadapi rakyat ketika ini. Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan pengumuman beberapa perkara dicapai dalam mesyuarat khas kabinet disifatkan pendekatan memahami keperitan dihadapi rakyat ketika ini.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ia juga merupakan langkah mencerminkan kesusahan rakyat berkaitan masalah ekonomi seperti kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.

"Sebelum ini banyak kritikan kepada kerajaan yang mewah berbelanja. Jadi Perdana Menteri (Anwar) melakukan satu pendekatan mendekati masyarakat dan ambil tahu kesusahan rakyat.

"Sebagai contoh potongan gaji menteri kabinet itu merupakan langkah untuk pihak atasan dapat merasai kesusahan rakyat sekiranya berlaku pengurangan gaji selain memberi tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Mengulas soal potongan gaji menteri sehingga 20 peratus, beliau bagaimanapun menyifatkan langkah tersebut bersifat sementara susulan mengambil kira ketidaktentuan ekonomi yang berlaku buat masa ini.

"Ekonomi sekarang tengah ada masalah tetapi jika ekonomi sudah kembali pulih, berkembang maju dan pesat serta pelaburan banyak masuk ke dalam negara, saya berpendapat mungkin tidak ada pengurangan gaji menteri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diminta untuk mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Bencana bagi bersiap siaga menghadapi banjir menunjukkan bahawa kerajaan sudah mempunyai perancangan awal untuk berhadapan bencana alam tersebut.

"Kita tahu hujung bulan Disember dikhuatiri berlaku banjir jadi Ahmad Zahid perlu bersiap sedia ke arah itu iaitu langkah segera memantau dan membuat persiapan.

"Mengenai Ahmad Fadillah yang memfokuskan hal ehwal Sabah dan Sarawak terutama Perjanjian MA63 dilihat individu yang sesuai untuk mewakili suara dari Borneo bagi memastikan perkara berkaitan MA63 dapat segera diselesaikan,” ujarnya.

Mohd Azizuddin menambah, perkara yang diumumkan Anwar itu lebih kepada apa yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Klik di sini untuk terus membaca