AWANG setuju dengan pendapat banyak pihak bahawa meletakkan kuasa kewangan pada tangan seorang pemimpin amat besar risikonya. Apatah lagi jikalau beliau seorang Perdana Menteri dan menjadi Menteri Kewangan pula. Macam kata wartawan veteran... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG setuju dengan pendapat banyak pihak bahawa meletakkan kuasa kewangan pada tangan seorang pemimpin amat besar risikonya. Apatah lagi jikalau beliau seorang Perdana Menteri dan menjadi Menteri Kewangan pula. Macam kata wartawan veteran Tuk Kadir Jasin, kuasa pada tangan PM sekarang 'mengerikan.'

Semasa berkempen dalam PRU15, penceramah PH ambil contoh Tuk Seri Najib yang jadi PM dan Menteri Kewangan. Pada waktu yang sama, beliau juga Penasihat 1MDB. Pada tangan beliau ada kuasa untuk membuat keputusan yang besar yang membabitkan wang negara.

Skandal kewangan terbesar dunia itu tak mungkin berlaku dengan skala itu jikalau kuasa tak tertumpu pada seorang. Nasi sudah menjadi bubur. Jadi Awang tak hairan jikalau rakyat khuatir apabila PM juga pegang jawatan Menteri Kewangan. Ini bukan maknanya Tuk Seri Anwar tak boleh buat kerja itu. Beliau pernah jadi menteri kewangan pada tahun 90-an. Beliau pernah dinobatkan sebagai menteri kewangan terbaik untuk rantau itu.

Tun Dr Mahathir pernah bayangkan nak pegang Kementerian Pendidikan masa dia jadi PM pada tahun 2018. Tapi atas desakan dalaman PH dan rakyat masa itu, beliau lupuskan niat itu. Awang percaya Tuk Seri Anwar tentu lebih peka dengan desakan rakyat kali ini. Fahami kerisauan rakyat. Itulah pembuka mukadimah yang baik sebagai PM dalam kerajaan perpaduan ini.

Klik di sini untuk terus membaca