PARIS - Bencana banjir, kemarau teruk dan rekod gelombang panas melampau pada tahun ini menunjukkan amaran perubahan iklim semakin menjadi kenyataan namun ia baru permulaan, menurut pakar.
Tahun ini juga menyaksikan beberapa kemajuan menangani perubahan iklim termasuk perundangan baharu di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta perjanjian rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu negara-negara yang terdedah dengan peningkatan impak iklim.
Bagaimanapun, matlamat untuk mengekalkan pemanasan dalam had lebih selamat iaitu 1.5 darjah Celsius sejak era praindustri disifatkan sukar apabila pelepasan karbon diaoksida daripada bahan api fosil berada pada tahap tertinggi tahun ini.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Antonio Guterres memberi amaran kepada pemimpin dunia ketika Sidang Kemuncak Iklim PBB (COP27) di Mesir pada November bahawa manusia mesti bekerjasama memerangi pemanasan global.
Tahun ini, pakar sains iklim PBB mengeluarkan amaran keras mengenai bahaya bakal ditempuh manusia dan planet ini apabila laporan penting mengenai kesan iklim pada Februari menggelarkannya sebagai ‘atlas penderitaan manusia’.
Sejak itu, beberapa siri peristiwa ekstrem telah menggambarkan bahaya peningkatan perubahan iklim pada suhu hampir 1.2 darjah Celsius pemanasan.
Rekod gelombang panas telah memusnahkan tanaman di China dan Eropah, sementara kemarau telah menyebabkan kebuluran di Afrika.
Bencana banjir akibat perubahan iklim melanda Pakistan pula telah menjejaskan 33 juta orang dan kerugian hampir AS$30 bilion (RM132 bilion).
"Tahun 2033 akan menjadi salah satu tahun paling panas di bumi, dengan semua fenomena tercetus akibat suhu panas,” kata saintis iklim, Robert Vautard.
"Malangnya, ini baru permulaan,” katanya.
Iklim ekstrem yang melanda sektor ekonomi akan meningkatkan lonjakan harga tenaga di banyak negara akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Justeru, Guterres mengecam sekeras-kerasnya kegagalan rundingan iklim baru-baru ini untuk menangani pengurangan pelepasan gas karbon dioksida bakal membawa malapetaka di seluruh dunia. - AFP
Klik di sini untuk terus membaca