SHAH ALAM - Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipercayai antara individu yang tersenarai bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen. Sumber Perikatan Nasional (PN) berkata, nama Ahli... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipercayai antara individu yang tersenarai bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen.

Sumber Perikatan Nasional (PN) berkata, nama Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dicalonkan parti bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan, bersama dua lagi individu daripada DAP dan Barisan Nasional (BN).

Jelas sumber itu, Mas Ermieyati memenuhi kriteria pelantikan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) serta berpengetahuan luas mengenai peraturan mesyuarat Parlimen.

"Ya, memang sah Datuk Mas Ermieyati dicalonkan PN bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen. Difahamkan ada seorang calon DAP dan BN turut dicalonkan bagi merebut dua kekosongan jawatan berkenaan.

"Pemilihan Mas Ermieyati sebagai calon memang tepat kerana beliau berpengalaman luas dalam perundangan.

"Saya fikir beliau juga antara individu penting yang memainkan peranan sehingga terlaksananya pindaan akta larangan ahli Parlimen lompat parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” ujar sumber enggan dinamakan kepada Sinar Premium pada Khamis.

Teka-teki individu yang bakal mengisi kekosongan jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Parlimen kini hangat diperkatakan susulan penyandangnya, Tan Sri Azhar Azizan Harun mahu melepaskan jawatan itu sebelum sidang pertama Majlis Mesyuarat Parlimen ke-15 pada 19 Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul mengesahkan namanya bagi jawatan Speaker Parlimen bersama-sama dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan bekas Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad daripada PN.

Turut tersenarai ialah Ahli Parlimen Lanang (DAP), Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highlands (UMNO), Ramli Md Nor.

Klik di sini untuk terus membaca