SHAH ALAM - Kepimpinan Kerajaan Perpaduan perlu bekerja dengan lebih keras bagi menyakinkan pengundi agenda gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah bagi menggerakkan pentadbiran negara. Pengerusi Biro Antarabangsa... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kepimpinan Kerajaan Perpaduan perlu bekerja dengan lebih keras bagi menyakinkan pengundi agenda gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah bagi menggerakkan pentadbiran negara.

Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar memandangkan ia adalah perkara baharu buat mereka.

Menurut beliau, sebelum ini rakyat sudah terbiasa dengan pendirian kedua-dua parti gabungan itu agar menolak kerjasama antara satu sama lain.

"Formula ini sangat baharu buat rakyat, suatu ketika dahulu PH dan BN adalah musuh tradisi, namun demi negara kedua-dua parti itu bersatu atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

"Perkara itu perlu diberitahu kepada rakyat, mereka menuntut penjelasan dan pencerahan daripada pemimpin parti," katanya.

Beliau berkata demikian semasa program Sinar Live bertajuk 'Isyarat dari Padang Serai, Tioman' yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Keputusan Pilihan Raya Umum Padang Serai menyaksikan kerusi tradisi yang menjadi milik PH itu turut tumbang kepada PN, yang dimenangi oleh Datuk Azman Nasrudin dengan majoriti 16,260 undi.

Pada PRU15 lalu, PN menyapu bersih hampir keseluruhan kerusi Parlimen di Kedah dengan membolot 13 kerusi, hanya Parlimen Sungai Petani dimenangi PH, iaitu Dr Taufiq Johari.

Bagi DUN Tioman pula menyaksikan BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya itu meskipun calonnya, Datuk Seri Mohd Johari Hussain mendapat majoriti tipis 573 undi.

Tambah Shamsul Iskandar, diharapkan rakyat dapat memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara.

"Saya juga berharap kepimpinan kerajaan pada hari ini dapat menyatupadukan rakyat selain menyelesaikan masalah di pelbagai peringkat," ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca