SHAH ALAM - Laporan mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menyiasat RM92.5 bilion dana awam menguruskan pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021 menunjukkan dakwaan kononnya sejumlah RM600 bilion diseleweng adalah satu... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Laporan mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menyiasat RM92.5 bilion dana awam menguruskan pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021 menunjukkan dakwaan kononnya sejumlah RM600 bilion diseleweng adalah satu tuduhan untuk mengelirukan rakyat.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana kenyataan bahawa agensi itu cuma menyiasat RM92.5 bilion sekali gus menunjukkan angka RM600 bilion yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkenaan percaya bahawa Anwar sengaja mereka-reka cerita berkenaan RM600 bilion bagi menjejaskan reputasi Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN di mata rakyat.

"Anwar menggunakan angka RM600 bilion. Entah mana datangnya angka ini. Anwar sedar bahawa saingan utama terhadap PH hari ini ialah PN. BN sudah berjaya dimandulkan oleh PH.

"Tinggal PN saja yang menjadi pesaing. Maka dengan apa cara sekali pun, karakter Muhyiddin mesti dibunuh. Ini adalah percubaan Anwar melakukan 'character assasination'," katanya kepada wartawan Sinar Premium.

"Sekiranya siasatan mendapati tiada apa-apa kesalahan oleh Muhyiddin, Anwar mesti meminta maaf secara terbuka kepada Muhyiddin," katanya.

Pada masa sama, Wan Saiful juga mendesak SPRM supaya menjalankan siasatan terperinci mengenai kekayaan dan kemewahan ditunjukkan oleh Anwar.

"Saya menyeru SPRM turut menyiasat kemewahan Anwar. Penggunaan jet peribadi, helikopter dan kereta mewah secara sewenangnya. Billboard besar semasa kempen. Mana datangnya kekayaan ini? Siapa yang menaja Anwar?," katanya.

Terdahulu, SPRM pada Jumaat mengesahkan bahawa mereka telah menerima daripada Kementerian Kewangan mengenai butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang telah dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

SPRM berkata, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah tersebut, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

"Justeru, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion berkenaan. Pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca