KADANG-kadang Awang hairan apa perlunya tukar nama kementerian? Ambil sahaja contoh Kementerian Alam Sekitar dan Air atau dikenal dengan KASA. Sekarang tukar pada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Nampaknya... Klik di sini untuk terus membaca

KADANG-kadang Awang hairan apa perlunya tukar nama kementerian?

Ambil sahaja contoh Kementerian Alam Sekitar dan Air atau dikenal dengan KASA. Sekarang tukar pada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Nampaknya Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah ditiadakan. Memang soal sumber asli dan perubahan iklim penting, tapi bukankah air juga penting?

Kementerian Komunikasi dan Multimedia pun tukar nama jadi Kementerian Komunikasi Digital. Ada juga yang timbulkan bagaimana tentang komunikasi yang tidak digital?

Ada juga kementerian yang diberi nama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup. Dulu namanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Awang yakin fungsinya sama.

Ada pula nama baharu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang ganti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Nampak lebih glamor nama itu.

Soal budaya dan kesenian yang hilang daripada Kementerian Pelancongan nampaknya muncul balik setelah banyak pihak buat bising.

Kata orang, apalah ada pada nama. Apa perlu tukar nama jikalau peranannya sama? Buat membazir kertas untuk letterhead sahaja nampaknya.

Yang penting buat kerja.

Klik di sini untuk terus membaca