RIUH rendahlah negara apabila Tuk Seri PM bangkitkan soal monopoli Bernas. Maka terkaitlah nama usahawan Melayu yang hebat, Tan Sri Syed Mokhtar.
Lebih menarik lagi sebelum itu PM kata walaupun Syed Mokhtar tak dapat konsesi beras tapi dia beli dari orang lain, termasuk Tan Sri Shahidan Kassim.
Bukan sikit duit yang terlibat. Tak sangka Shahidan dapat RM400 juta dari pembelian itu. Alhamdulillah, rezeki dia!
Tapi lepas itu, Tuk Seri PM terpaksa pertahankan diri apabila ada yang bangkitkan kenapa persoalkan bisnes Syed Mokhtar. Dia peniaga Melayu.
Maka Tuk Seri PM terpaksa jawab tujuan dia bangkitkan bukan untuk hancurkan empayar perniagaan Syed Mokhtar.
Pada pendapat Awang, Tuk Seri PM kena tegas dalam soal monopoli baik beras, gula atau apa sahaja. Monopoli tidak baik untuk negara dan rakyat.
Jikalau sesiapa yang punya monopoli import apa-apa, mesti dihapuskan. Supaya pasaran terbuka berlaku.
Macam syarikat telekomunikasi, oleh sebab banyak syarikat, maka mereka bersaing secara sihat. Mereka akan berlumba-lumba untuk beri perkhidmatan terbaik dan termurah. Itulah cara yang terbaik untuk sistem ekonomi.
Janganlah oleh sebab seseorang janji nak beri RM10 juta atau RM50 juta kepada petani, Tuk Seri PM lupa tujuan asal dia bangkitkan hal itu.
Orang nak tengok ketegasan beliau dalam soal ini. Rakyat lebih penting dari mana-mana tauke besar, itu kata beliau.
Klik di sini untuk terus membaca