PERDANA Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memikul tanggungjawab tampuk kepimpinan kerajaan perpaduan Malaysia telah selesai memilih dan memulakan tugasan rasmi barisan Kabinet baharunya sejak awal Disember lalu. Pembentukan... Klik di sini untuk terus membaca

PERDANA Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memikul tanggungjawab tampuk kepimpinan kerajaan perpaduan Malaysia telah selesai memilih dan memulakan tugasan rasmi barisan Kabinet baharunya sejak awal Disember lalu.

Pembentukan Kabinet baharu tersebut yang diklasifikasikan sebagai antara terkecil itu terus menerima pujian disebaliknya tohmahan daripada seluruh rakyat di negara ini.

Akhbar harian Tamil, Malaysia Nanban melaporkan kehampaan kaum minoriti India terhadap pembentukan dan senarai pemilihan menteri-menteri dalam Kabinet baharu itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas itu kira-kira 80 peratus daripada pengundi India telah tampil memberi mandat kepada jajaran Pakatan Harapan (PH).

Realitinya pula harapan besar kaum India terhadap kerajaan perpaduan itu telah berkecai apabila Perdana Menteri mengumumkan pembentukan kabinet baharu dengan mengesahkan pemilihan seorang Ahli Parlimen menyandang jawatan menteri penuh mewakili kaum India.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar telah dipilih untuk menyandang jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia dalam kabinet kerajaan perpaduan itu.

Malaysia Nanban berkata, pembangunan dan status ekonomi dikecapi kaum India di Malaysia masih rendah ironinya Anwar amat menyedari kedudukan itu.

Pelan pembangunan dan peruntukkan pihak kerajaan sebelum ini tidak sebegitu efektif dalam mengangkat kemakmuran kaum India.

Oleh sebab itu, kaum minoriti itu memerlukan jumlah Ahli Parlimen berstatus menteri penuh di kabinet untuk menyampaikan suara dan menuntut hak saksama untuk masyarakat India kepada kerajaan semasa.

Malaysia Nanban menegaskan bahawa permintaan kaum India itu mampu dipertimbangkan oleh Perdana Menteri dan boleh ditunaikan dengan memilih seorang lagi Ahli Parlimen sebagai menteri penuh serta tiga orang dilantik untuk timbalan menteri.

Sejarah pembentukan kabinet sebelum ini telah memaparkan senarai iaitu satu menteri penuh dan tiga timbalan menteri, dua menteri penuh dan dua timbalan menteri serta empat menteri penuh dan seorang timbalan menteri.

Kaum India yang memegang kedudukan sebagai minoriti dalam bab politik Malaysia memerlukan kekuatan wakil di Parlimen bagi membela kelangsungan hidup masyarakat itu.

USAH EMOSI

Sementara itu, figura politik Sivakumar yang baru menggalas tanggungjawab sebagai menteri penuh mewakili kaum India itu menyuarakan responsnya berhubung isu pelantikan menteri meminta seluruh masyarakat India agar usah beremosi dan mencetus kontroversi terhadap perkara tersebut.

Sivakumar menjelaskan Kabinet baharu itu tentunya akan meneliti dan memperhalusi segala isu serta permintaan masyarakat India di Malaysia.

Sebabnya itu adalah tanggungjawab utama kerajaan perpaduan untuk menjaga kebajikan setiap warganegara.

Beliau seorang sahaja bukan perlu mengambil tanggungjawab untuk memelihara dan menyelesaikan isu-isu kaum India sebaliknya seluruh Kabinet akan berbuat sedemikian.

Ujar Sivakumar lagi, Kabinet memiliki barisan Ahli Parlimen India yang agak mencukupi untuk menyuarakan keperluan dan kehendak kaum India.

Justeru, kaum India tidak perlu berasa mereka di anak tirikan mahupun dipulaukan daripada perhatian kerajaan perpaduan.

Sivakumar turut berjanji bahawa kaum minoriti India di negara ini dipastikan memperoleh hak dan peluang yang adil saksama dalam agenda pembangunan nasional.

Kaum India tidak dimundurkan dalam mana-mana pelaksanaan pelan pembangunan inklusif untuk masyarakat minoriti di Malaysia.

* Jagatheswary Narayanan ialah penulis bebas di Johor

Klik di sini untuk terus membaca