SELEPAS Peru menjalani proses pilihan raya yang panjang dan penuh konflik, Pedro Castillo akhirnya mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu di negara mempunyai penduduk lebih 32 juta itu.Kemenangan tersebut telah menggegarkan seteru... Klik di sini untuk terus membaca

SELEPAS Peru menjalani proses pilihan raya yang panjang dan penuh konflik, Pedro Castillo akhirnya mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu di negara mempunyai penduduk lebih 32 juta itu.Kemenangan tersebut telah menggegarkan seteru politik daripada golongan elit selama ini terpalit skandal rasuah ketika negara Amerika Latin itu pernah dilanda Covid-19 paling teruk.

Bagaimanapun, jawatannya tidak kekal lama apabila Castillo, 53, ditahan pihak berkuasa selepas didakwa cuba menggulingkan kerajaan dan sehingga kini direman di Lima baru-baru ini.

AWAL KEHIDUPAN CASTILLO

Castillo yang dilahirkan di sebuah perkampungan kecil termiskin dikatakan membesar dengan membantu ibu bapanya yang buta huruf, bekerja di ladang selain pernah menjual surat khabar, ais krim dan pembantu hotel untuk menyara keluarganya.

Sebagai kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal, beliau pernah berjalan kaki lebih dua jam untuk sampai ke sekolah dan menceritakan pengalaman itulah menjadi penguat semangat menjadi seorang guru suatu hari nanti.

Cita-cita mahu bergelar seorang pendidik akhirnya tercapai apabila beliau menjadi guru sekolah luar bandar dan pernah berkhidmat selama 25 tahun dalam kerjayanya itu, seterusnya berkahwin serta mempunyai dua orang anak.

Tuah memihak kepadanya walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang politik apabila beliau yang menubuhkan Parti Kebebasan Peru memenangi Pilihan Raya Umum 2021.

Castillo telah dipilih menjadi Presiden baharu dengan didorong oleh pengundi luar bandar yang memilihnya menjadi Presiden ke-63 negara itu.

Presiden Peru, Pedro Castillo memakai pakaian tradisional semasa berkempen di wilayah Puno. -AFP

‘Jangan lagi menjadi seorang miskin di negeri kaya’ adalah amanat keramat dalam perhimpunan kempennya, sambil menyuarakan kekecewaan rakyat Peru yang bergelut dengan kemiskinan dan rasuah dalam kalangan pemimpin politik.

Bagaimanapun, falsafahnya tidak disukai oleh seteru politiknya dan menggelar beliau sebagai pelampau berhaluan kiri yang mempunyai hubungan dengan kumpulan gerila, namun beliau menafikan dakwaan tersebut.

Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, Castillo dilahirkan di Puna pada 19 Oktober 1969 dan bekerja sebagai guru sekolah dari tahun 1995 hingga 2020.

Beliau memulakan kerjaya politiknya pada 2002 apabila tidak berjaya bertanding jawatan Datuk Bandar.

KERJAYA POLITIK

Walaupun anak desa itu kurang terkenal di kawasan bandar, beliau yang menjadi calon dalam Pilihan Raya Presiden berjaya memenangi pusingan pertama, mengetepikan 17 calon lain.

Ia termasuk mengalahkan anak perempuan bekas Presiden Alberto Fujimori, Keiko Fujimoro yang menjadi pilihan ketua ahli perniagaan untuk dipilih Presiden Peru seterusnya.

Kejayaan dengan memperoleh 44,000 undi sehingga dilantik menjadi Presiden dikatakan berpunca apabila rakyat Peru sudah muak dengan skandal rasuah politik di negara tersebut.

Selain itu, Castillo yang taat beragama Katolik juga menentang sekeras-kerasnya perkahwinan sejenis dan pengguguran secara haram, turut menjadi sebab rakyat Peru memilih beliau.

Castillo yang ditahan reman selepas didakwa terlibat dalam rampasan kuasa di Lima.

KRISIS PERU

Sebelum ini, Peru mempunyai kadar kematian per kapita Covid-19 tertinggi di dunia dan didorong krisis ekonomi sehingga menyebabkan jutaan penduduknya terjerumus dalam kemiskinan.

Justeru, Castillo berazam meningkatkan cukai perlombongan bagi membiayai perkhidmatan awam termasuk sektor pendidikan dan kesihatan yang paling terjejas akibat pandemik, selain mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dalam setahun.

Namun, tempoh 17 bulan pen-tadbirannya telah membantutkan usahanya membantu rakyat sendiri apabila ditahan reman selepas didakwa melakukan rampasan kuasa dan enam pertuduhan rasuah yang lain.

Jawatannya digantikan dengan Presiden Peru baharu, Dina Boluarte. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca