SHAH ALAM - Pas tidak memberikan sebarang kata putus ketika ditanya mengenai pendirian sama ada akan memberi sokongan atau tidak dalam usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini disebabkan beliau masih belum mendapat notis berhubung butiran maklumat mengenai usul undi percaya terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Menurutnya, notis berhubung usul undi percaya itu perlu diteliti terlebih dahulu sebelum beliau dapat memberi sebarang komen berhubung perkara berkenaan.
"Usul pun tidak ada lagi, macam mana nak komen. Tidak dapat apa-apa lagi, (usul) dah dimasukkan, belum?
"Apa kandungan usul itu, nak kena tengok dahulu. Sekarang ini saya reserved (simpan) dulu komen itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan hadir pada persidangan Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.
Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan yang mengesahkan perkara itu turut menyatakan kesediaannya menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.
"Hadir dan sokong,” jawabnya ringkas ketika ditanya Sinar Harian menerusi WhatsApp pada Isnin.
Klik di sini untuk terus membaca