SHAH ALAM - Pilihan BN untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan merupakan langkah yang paling kurang memberi kemudaratan kepada UMNO. Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Mohd Hafeez Che Mat berkata, pada masa sama ia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pilihan BN untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan merupakan langkah yang paling kurang memberi kemudaratan kepada UMNO.

Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Mohd Hafeez Che Mat berkata, pada masa sama ia dapat menjaga struktur organisasi dan membaiki masalah dalaman parti itu sendiri.

Menurutnya, keputusan kerjasama itu sebenarnya sangat berat buat UMNO kerana ia akan memberi kesan kepada parti.

"UMNO sebenarnya bertegas untuk kekal sebagai pembangkang tetapi terpaksa memilih. Setiap langkah diambil akan beri kesan negatif kepada UMNO tetapi pilihan ini paling kurang mudarat," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penalis dalam Wacana Sinar Harian bertajuk ‘UMNO: Rebah atau bangkit’ di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Turut menjadi panelis ialah Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Dalam pada itu, Mohd Hafeez berkata, Pemuda UMNO kini dalam usaha merangka kerja bagi mendapatkan maklum balas akar umbi mengenai penambahbaikan parti.

Katanya, setakat ini pihaknya telah pergi ke tujuh negeri iaitu Melaka, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu.

"Pada minggu hadapan kami akan sambung menjelajah ke negeri lain untuk berjumpa dengan ahli parti di peringkat cawangan dan bahagian bagi mengenal pasti punca dan langkah yang perlu diambil pada masa hadapan.

" Diharapkan hasil usaha itu sempat digunakan untuk pilihan raya akan datang," jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca