AWANG puji tindakan DAP letak sembilan orang calon Melayu dalam PRU15. Awang percaya itu strategi baharu untuk tunjukkan bahawa DAP bukan parti orang Cina atau India sahaja. Awang ucap tahniah pada tiga orang calon Melayu yang menang dalam... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG puji tindakan DAP letak sembilan orang calon Melayu dalam PRU15.

Awang percaya itu strategi baharu untuk tunjukkan bahawa DAP bukan parti orang Cina atau India sahaja. Awang ucap tahniah pada tiga orang calon Melayu yang menang dalam pilihan raya itu.

Memang nampaknya DAP banyak berkorban selepas PRU15. Mereka nampaknya tak buat bising pasal soal pelantikan menteri. Mereka serah bulat-bulat pada PM ke-10.

Mereka juga tak tuntut kementerian mana. Mereka tahu sensitiviti babitkan DAP dalam kerajaan. Lagi pun musuh-musuh PH kata DAP dalang PH. Anwar proksi DAP. DAP kontrol kerajaan.

Macam dalam kerajaan PH1.0 dulu, banyaklah tohmahan ke atas DAP, terutama apabila portfolio kewangan dipegang oleh menteri daripada DAP.

Kali ini, DAP nampaknya berkorban apa sahaja. Mereka mahu Anwar jadi PM. Dalam jajaran politik baharu itu, BN yang diserang oleh PH jadi rakan sekelambu.

Pilihan yang ada pada PH adalah bawa masuk BN atau PN di bawah Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Hadi jadi kerajaan.

Awang ucap tahniah pada empat orang wakil DAP yang jadi menteri. Lima lagi jadi timbalan menteri. Cuma ramailah yang bertanya, kenapa semuanya bukan Melayu?

Tak bolehkah dilantik seorang Melayu daripada tiga orang yang menang untuk pegang jawatan timbalan menteri sekurang-kurangnya.

Klik di sini untuk terus membaca