BARU sangat Awang terbaca ucapan Tuk Seri Perdana Menteri di majlis Makan Malam 100 Tahun Persatuan Alumni Pentadbiran Awam dan Diplomatik (PTD). Dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tuk Seri Fadillah Yusof, PM kata... Klik di sini untuk terus membaca

BARU sangat Awang terbaca ucapan Tuk Seri Perdana Menteri di majlis Makan Malam 100 Tahun Persatuan Alumni Pentadbiran Awam dan Diplomatik (PTD).

Dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tuk Seri Fadillah Yusof, PM kata akan bekerjasama rapat dengan Alumni PTD dan guna khidmat PTD dalam perkhidmatan dengan sebaiknya.

Dua hari kemudian, negara digemparkan dengan berita seorang pegawai tinggi perkhidmatan awam ditamatkan perkhidmatan. Orang itu ialah Tuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Ramai orang kata Mohd Shafiq mangsa aniaya.

Memang ada kontroversi pasal Shafiq. Kesnya beliau dikatakan berkasar terhadap seorang pegawai imigresen. Soalan orang ramai apakah tindakan itu wajar dan ikut peraturan?

Tentulah ada alasan munasabah mereka dipindahkan atau diberhentikan. Tapi janganlah sampai puncanya oleh sebab beliau bagus dan jadi ancaman pada kedudukan orang yang berada pada kedudukan tertinggi dalam pentadbiran awam negara.

Awang harap PM jangan ulang kesilapan kerajaan PH 1.0. Perkara pertama mereka buat masa itu adalah label sesetengah penjawat awam 'tak setia'.

Buatlah keputusan yang bijak, kata orang tua-tua tarik rambut dari dalam tepung, tepung tak berserah, rambut tak putus.

Klik di sini untuk terus membaca