SHAH ALAM - Penglibatan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun boleh mendedahkan kepada penyalahgunaan kemudahan untuk kegiatan-kegiatan yang bersifat politik. Timbalan Pengarah Penyelidikan Institut... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penglibatan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun boleh mendedahkan kepada penyalahgunaan kemudahan untuk kegiatan-kegiatan yang bersifat politik.

Timbalan Pengarah Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Sri Murniati Yusuf berkata, sekiranya lantikan baharu dibuat kerajaan nanti, sebaik-baiknya perlu berdasarkan kepakaran dan pengalaman, bukan semata-mata kerana keahlian politik.

"IDEAS menyambut baik surat yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengenai penamatan serta-merta lantikan politik dalam badan berkanun dan syarikat kerajaan.

"Pada masa sama, kita menggesa agar kerajaan tidak membuat lantikan politik baharu dalam badan-badan tersebut serta mempertimbangkan penglibatan Parlimen dalam pelantikan pengerusi dan ahli pengarah badan berkanun,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sri Murniati berkata, kebanyakan pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang akan ditamatkan perkhidmatan itu dilantik kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas beliau, data daripada Pantau Kuasa menunjukkan terdapat lebih daripada 200 lantikan politik dalam 72 badan berkanun kerajaan Persekutuan, tidak termasuk lantikan politik dalam GLC.

"Salah satu kesan buruk penglibatan ahli politik dalam badan berkanun dan GLC adalah mengutamakan kawasan pilihan raya atau kawasan parti bagi pelaksanaan projek serta program. Malah, mereka mengguna pakai kemudahan untuk kegiatan-kegiatan yang bersifat politik.

"Dengan cara ini, parti pemerintah akan terus mendapatkan kelebihan yang tidak adil (unfair advantage) daripada parti pembangkang dan persaingan politik menjadi kurang adil dan kurang demokratis.

"Badan berkanun dan GLC memerlukan mekanisme semak imbang yang lebih baik. Ini boleh dicapai melalui penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang boleh memeriksa dan memantau laporan tahunan badan berkanun secara lebih berkala,” ujar beliau.

Tambah Sri Murniati, individu yang mahu dilantik untuk menjadi pengerusi atau ahli jawatankuasa badan berkanun dan GLC harus memiliki pengalaman serta kepakaran dalam bidang berkaitan dengan mandat badan-badan tersebut.

"Untuk kriteria yang lebih terperinci, kerajaan mungkin boleh mengeluarkan garis panduan atau pekeliling dan menggesa GLC untuk melaksanakan panduan dalam Buku Hijau yang dikeluarkan Putrajaya Committee on GLC High Performance mengenai tadbir urus lembaga pengarah GLC,” ujarnya.

Cadang gubal akta GLC untuk pelantikan lebih telus Sementara itu, Perunding Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), K Sudhagaran Stanley berkata, sudah tiba masanya kerajaan menggubal akta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memastikan semua proses pelantikan dibuat dengan jelas serta mengikut prinsip tadbir urus yang baik.

Menurutnya, penggubalan itu akan memastikan mana-mana kerajaan baharu yang berkuasa tidak boleh menyalahgunakan GLC untuk agenda politik.

Menurutnya, pelantikan baharu juga mestilah berdasarkan merit, kepakaran dan bukan politik.

"Ahli politik tidak boleh dilantik kerana terdapat ruang untuk mengeksploitasi bagi tujuan peribadi apabila mereka mengetuainya.

"Proses pelantikan mestilah telus dan jelas untuk orang yang sesuai bagi jawatan tersebut, dengan kelayakan dan kekosongan berkaitan dihebahkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Stanley, GLC tidak boleh digunakan untuk memberi ganjaran kepada ahli politik atas sokongan mereka dan amalan tersebut mesti dihentikan bermula sekarang.

Bagaimanapun, katanya, walaupun kerajaan memutuskan semua pelantikan politik dihentikan, namun wujud persoalan mengenai perancangan kerajaan selepas ini.

"Kita ingin tahu apakah rancangan dan tindakan seterusnya. Kerajaan mesti memaklumkan kepada umum kerana ketelusan adalah kunci dalam keseluruhan proses ini,” ujarnya.

"Kembali kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, kita perlukan dasar yang jelas untuk menghalang ahli politik dan mana-mana orang berpengaruh daripada campur tangan dalam kenaikan pangkat, pelantikan dan pemilihan jawatan ke dalam GLC,” ujar

Klik di sini untuk terus membaca