JIKALAU rakyat tak percaya janji pilihan raya, orang politik marah. Tapi begitulah nampaknya yang berlaku dulu, kini dan selamanya. Bukanlah Awang nak bangkit itu dan ini, nanti kata orang rumah siap pahat berbunyi lagi. Nampaknya kenyataan... Klik di sini untuk terus membaca

JIKALAU rakyat tak percaya janji pilihan raya, orang politik marah.

Tapi begitulah nampaknya yang berlaku dulu, kini dan selamanya. Bukanlah Awang nak bangkit itu dan ini, nanti kata orang rumah siap pahat berbunyi lagi.

Nampaknya kenyataan politik tak sama dengan janji dan manifesto pilihanraya. Rakyat boleh faham jikalau berlaku pelanggaran sana sini. Kata orang putih atas dasar pragmatik.

Tapi rakyat tak mahu kompromi dalam soal besar macam salah guna kuasa, rasuah dan janji nak buat reformasi peraturan atau tatacara kerja.

Oleh sebab itu, Awang rasa pelik apabila Menteri Dalam Negeri kata ,tak perlu pinda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Belum seminggu jadi menteri dah langgar persetujuan dalam PH. Selama ini, PH sebulat suara tolak SOSMA. Tapi tiba-tiba Tuk Seri Saifuddin Nasution kata tak perlu pinda, apa lagi nak hapuskan.

Awang harap Tuk Seri PM tengok-tengoklah semula manifesto dan inti kempen PH. Nasihatkan anak buah berbuat perkara yang sama.

Maklumlah takut terlupa. Janji nak buat reformasi tapi oleh sebab nak jaga hati rakan sekelambu reformasi entah ke mana.

Jangan sampai rakyat menghukum oleh sebab mungkir janji lagi. Ingat mengapa rakyat kecewa dengan PH1.0 dulu.

Klik di sini untuk terus membaca