PADA pendapat Awang yang tak pandai undang-undang ini, jikalau betul nak diganti Peguam Negara yang ada, pilihlah pengganti yang terbaik. Awang juga terbaca beberapa nama yang dicadangkan daripada kalangan hakim. Awang memang setuju jikalau... Klik di sini untuk terus membaca

PADA pendapat Awang yang tak pandai undang-undang ini, jikalau betul nak diganti Peguam Negara yang ada, pilihlah pengganti yang terbaik.

Awang juga terbaca beberapa nama yang dicadangkan daripada kalangan hakim.

Awang memang setuju jikalau tiga nama hakim yang bakal dipilih, jikalau betul mereka dalam senarai.

Jangan lupa juga orang lain daripada senarai itu. Mungkin ada yang punya kredibiliti dan layak pegang jawatan itu.

Pilihlah individu yang boleh jalankan tugas dengan telus dan penuh wibawa. Bukan mereka yang ikut telunjuk.

Jangan pilih 'orang kita' semata-mata untuk tujuan 'jeng, jeng, jeng'. (Tak payahlah Awang huraikan apa maksudnya).

Kita mahu sistem perundangan kita bersih dan telus. Rakyat mahu lihat tidak ada campur tangan politik dalam sistem kehakiman kita.

Sekarang rakyat mula yakin tentang sistem kehakiman disebabkan ketua hakim negara yang tegas dan menjalankan amanah dengan cemerlang.

Mungkin reformasi selanjutnya adalah untuk buat sistem pemilihan cara Amerika Syarikat atau UK. Pelantikan mereka ditentukan oleh Parlimen.

Awang sokong penuh pemisahan di antara Peguam Negara dan pendakwa raya. Ini sangat penting untuk negara.

Reformasi itu dijanjikan oleh PH sejak PRU14 lagi. Inilah masa untuk melaksanakannya.

Klik di sini untuk terus membaca