PELANTIKAN menteri dan timbalan menteri menzahirkan perpecahan dalam kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. Di satu pihak, pengekalan portfolio kewangan di tangan Perdana Menteri dikritik sebagai penumpuan kuasa yang berlebihan (membolehkan rasuah besar-besaran pada masa lalu, termasuk 1MDB) dan pelanggaran janji terdahulu, tetapi juga difahami sebagai cara untuk mencegah politik kumpulan tertentu daripada merebut kuasa yang terlalu banyak.
Pemilihan Timbalan Perdana Menteri yang sedang menghadapi 47 kes rasuah dikecam sebagai mengabaikan prinsip, tetapi juga diterima sebagai ciri penting Kerajaan Perpaduan yang belum pernah berlaku sebelum ini: ada yang menggelarnya sebagai peluang untuk perdamaian dan pembaharuan sebenar.
Pelantikan lain kabinet termasuk lantikan kali pertama yang diletakkan harapan tinggi, di samping mereka yang kembali daripada kabinet sebelumnya. Hal ini telah membawa kepada beberapa rakan sekutu yang tidak dijangka: contohnya, Menteri Pertahanan dan Pengangkutan pada satu ketika masing-masing menjadi menteri besar dan ketua pembangkang di Negeri Sembilan!
Ramai pihak yang tidak berpuas hati cuba berhujah bahawa pihak tertentu sepatutnya menerima lebih banyak jawatan menteri berdasarkan kekuatan parti di Dewan Rakyat. Usaha melobi diteruskan untuk pelantikan ke dalam syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun persekutuan, dan saya berharap sentimen daripada kenyataan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) akan diutamakan: untuk semua pihak "meneruskan semangat pengorbanan dan kemurahan hati dalam memastikan Kerajaan Perpaduan yang stabil”.
Sememangnya, kemandirian kerajaan menjadi bahan utama perbualan, dengan undi percaya di Dewan Rakyat dianggap sebagai ujian penting pertama, sebelum penilaian besar dalam bentuk enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan tahun hadapan. Tidak dinafikan, anggota eksekutif yang baru dilantik akan berada di bawah tekanan yang besar untuk melaksanakannya: ramai daripada mereka akan dilihat telah dilantik hanya untuk menenangkan pihak tertentu dan oleh itu mahu membuktikan kebolehan dalam masa yang singkat.
Namun, cabaran paling penting yang dihadapi negara kita memerlukan pandangan jangka panjang. Saya ingin tahu betapa berkuasa dan berkesannya Kementerian Perpaduan Negara, kerana untuk menjadi berkesan ia mesti dapat menyelaraskan pembaharuan dan program dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Belia dan Sukan; dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Hanya pendekatan menyeluruh sebegini dapat memastikan pengajaran dan penerapan prinsip dan nilai yang konsisten selaras dengan semangat kebersamaan yang ditimbulkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Sementara itu, Kementerian Perpaduan Negara dialu-alukan untuk melihat semula Felow Belia Perpaduan Nasional (National Unity Youth Fellowship) yang sebelum ini dianjurkan oleh IDEAS dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Institut Integriti Malaysia pada tahun 2015 dan 2016. Program ini menyaksikan berpuluh-puluh rakyat Malaysia melawat komuniti di seluruh negara untuk benar-benar memahami kehidupan rakan senegara.
Semestinya setiap kementerian yang saya sebutkan mempunyai kewajipan untuk melaksanakan perintah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara walaupun tanpa kewujudan Kementerian Perpaduan Negara.
Sekolah dan universiti kita perlu menjadi tempat rakyat Malaysia merasakan mereka membesar bersama-sama dengan masa depan yang dikongsi (malah di sekolah yang beretnik tunggal juga dapat dilakukan, seperti yang akan diungkapkan oleh pelajar lelaki Kolej Melayu Kuala Kangsar dan pelajar perempuan Kolej Tunku Kurshiah).
Pelbagai program belia dengan skop geografi yang lebih luas harus menekankan kerjasama merentasi aktiviti kokurikulum, manakala persatuan sukan mesti diberi kebebasan dan sumber untuk memupuk juara dari semua latar belakang. Dan ‘pendekatan liberal terhadap warisan tradisi kita yang kaya dan pelbagai’ seperti yang dinyatakan dalam Rukun Negara mesti dicerminkan dalam dasar kerajaan untuk seni dan budaya, termasuk dengan memastikan kebebasan bersuara.
Antara yang sudah memulakan langkah pembaharuan jangka panjang yang penting ialah Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Undang-undang dan Pembaharuan Institusi (Saya percaya ini adalah kali pertama perkataan ‘Pembaharuan’ muncul dalam mana-mana portfolio kementerian), dan undang-undang yang berkaitan akan muncul tidak lama lagi.
Rang undang-undang pendanaan politik yang dicadangkan (yang telah saya tulis sebelum ini) telah dibatalkan oleh pembubaran Parlimen, jadi mungkin ia boleh dihidupkan semula selepas ini: dan (mantan serta yang akan ditubuhkan semula) Kumpulan Rentas Parti Parlimen mempunyai undang-undang tersedia mengenai perkara ini yang saya harap pasukan petugas yang dicadangkan akan menyokongnya.
Seterusnya adalah penyediaan dana pembangunan kawasan yang saksama - supaya ahli Parlimen dijamin sumber untuk membantu pengundi mereka - sebagai satu lagi bidang pembaharuan yang akan mengukuhkan demokrasi kita.
Pembaharuan institusi ini adalah penting kerana ia membolehkan penggubal dasar melakukan kerja yang lebih baik, sekali gus mengukuhkan kecekapan dan keabsahan semua perkara lain yang mereka lakukan.
Antara yang sudah memulakan langkah pembaharuan jangka panjang yang penting ialah Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Undang-undang dan Pembaharuan Institusi (Saya percaya ini adalah kali pertama perkataan ‘Pembaharuan’ muncul dalam mana-mana portfolio kementerian), dan undang-undang yang berkaitan akan muncul tidak lama lagi.”
*Tunku Zain Al-‘Abidin merupakan Presiden Pengasas IDEAS
Klik di sini untuk terus membaca