KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai ketetapan dan strategi berhubung undi percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di Parlimen pada Isnin. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai ketetapan dan strategi berhubung undi percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di Parlimen pada Isnin.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung dengan ketetapan tersebut.

"Kita sudah ada ketetapan, kita tunggu esok (Isnin). Yang saya tahu, Insya-ALLAH kita akan dapat minimum 74 (undi).

"Kita tunggu esok, itu strategi,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa PN yang diadakan di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PN akan diadakan bagi membincangkan pendirian gabungan tersebut mengenai usul undi percaya kepada Anwar.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, mesyuarat itu memberi pendedahan kepada semua ahli Parlimen tentang apa yang akan berlaku di sidang Dewan Rakyat.

"Kita memberikan taklimat kepada tentang apa yang akan berlaku esok kerana ramai dalam kalangan kita ialah ahli Parlimen baharu.

"Jadi apa do and don't untuk menjadikan kita sebagai pembangkang yang konstruktif, bertanggungjawab, setia dan kolaboratif.

"Maknanya kita nak kekalkan kumpulan pembangkang yang cemerlang buat rakyat sebab rakyat memerhatikan apa yang akan dilakukan untuk perkembangan negara,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca