ISNIN lalu bermulalah sesi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Rakyat. Banyaklah muka baharu yang jadi ahli Parlimen selain muka lama setelah menang dalam PRU15.
Alhamdulillah, sesi hari pertama berjalan lancar. Macam biasalah, berlaku juga kecoh di sana dan di sini. Maklumlah orang politik dapat suara. Tentulah riuh-rendah Dewan. Tahniah, Tuk Seri PM dapat mandat yang besar dengan 148 kerusi.
Hal ini hanya berlaku sewaktu era Tun Abdullah Badawi selepas PRU11. Tapi jangan lupa 'bulan madu' rakyat tak tahan lama. Pak Lah hilang dua pertiga dalam PRU12 menyebabkan dia terpaksa undur diri.
Awang cuma hairan dalam situasi kelmarin bagaimanakah ada ahli Parlimen yang datang lewat.
Oleh sebab itu Speaker yang dicalonkan Kerajaan Perpaduan cuma dapat 147 undi dan bukan 148 seperti sepatutnya. Apakah ini masalah disiplin atau orang berkenaan anggap mudah kehadiran di Dewan Rakyat?
Awang juga rasa sedih dan terkilan apabila Ketua Pembangkang timbulkan isu laporan sebuah akhbar luar negara pasal kes mahkamah Tuk Seri PM.
Awang rasa niatnya tak jujur walaupun kononnya minta kerajaan ambil tindakan ke atas akhbar berkenaan. Ini pukulan below the belt kata orang putih.
Nampak sangat muslihat beliau bangkitkan hal itu pada hari pertama PM di Dewan Rakyat dan semasa undi untuk menentukan keabsahannya.
Klik di sini untuk terus membaca