SHAH ALAM - Ekonomi di peringkat domestik perlu diperkukuhkan bagi mengimbangi kemelesetan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan. Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri berkata, generasi muda menjadi antara... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ekonomi di peringkat domestik perlu diperkukuhkan bagi mengimbangi kemelesetan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri berkata, generasi muda menjadi antara watak penting memainkan peranan untuk mengembangkan setiap pasaran dalam negara.

"Ini merupakan mesej penting buat kerajaan, kena pastikan generasi muda ini diberi peluang dalam berniaga, berikan kemudahan kepada mereka daripada segi latihan kemahiran, pendaftaran perniagaan dan juga daripada segi peluang untuk mereka wujudkan pasaran.

"Kerajaan juga perlu beri tumpuan terhadap pendigitalan dalam industri memandangkan ramai generasi muda mempunyai akses kepadanya dan dengan pendigitalan ini, peluang pekerjaan sebenarnya menjadi lebih banyak,” kata beliau selaku penalis pada Wacana Sinar Edisi 374 bertajuk ‘Ekonomi Malaysia di tangan Anwar’ yang dihoskan oleh Azlan Shah Nabees Khan.

Turut bergandingan bersama beliau sebagai panelis adalah Penganalisis Ekonomi Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Saadiah Mohamad dan Presiden Youth Front Party, Datuk Razalif Mohamad Zain.

Yahya menambah, seandainya negara kembali berdepan dengan kemelesetan ekonomi, maka langkah penyelesaian bagi masalah tersebut adalah mungkin berbeza berbanding dahulu

Jelas beliau, ia kerana sektor perindustrian di peringkat antarabangsa tidak lagi melibatkan pengeluaran hasil bumi sahaja seperti petroleum tetapi juga perkara lain seperti pendigitqlan.

"Pasaran saham juga berkembang dengan berbeza, jadi di sinilah kerajaan, pembangkang dan tenaga akademik perlu bersama-sama untuk memastikan ekonomi terus berkembang demi masa depan negara terutama anak-anak kita,” ulasnya.

Klik di sini untuk terus membaca