AWANG percaya rakyat tak ada masalah pemimpin politik termasuk Menteri Besar pergi bercuti. Pergilah ke mana pun. Mereka perlu berehat.
Setelah penat lelah bekerja tentulah tak salah bawa keluarga makan angin. Lagipun PRU15 baru berakhir. Tentulah nak hilangkan penat berkempen.
Tapi carilah masa yang sesuai. Bulan November, Disember dan Januari adalah musim banjir.
Hal itu bukan perkara baru. Orang Pantai Timur lebih tahu penangan monsun hujung tahun. Banjir akan berlaku. Tak payah buat ramalan kaji cuaca pun dah tahu.
Jadi apabila Menteri Besar Terengganu tidak ada sewaktu anak buahnya menghadapi banjir besar, tentulah banyak timbul soalan.
Awang tak mahu buat spekulasi ke mana beliau bercuti. Tapi bercuti pada masa 40,000 rakyat negeri Terengganu dipindahkan akibat banjir tentulah bangkitkan kekecewaan mereka.
Awang teringat banjir besar pada November 2014. Pada masa itu, Tuk Seri Najib di Hawai main golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Teruk jugalah Tuk Seri Najib kena kritik. Tapi dia balik segera.
Pada tahun 2021 pula, Ahli Parlimen Hulu Langat teruk dikecam oleh sebab beliau di Pergunungan Tochal di Iran sewaktu kawasannya banjir. Masa itu banjir teruk di Selangor dan Pahang. Harap-harap semua itu jadi pengajaran.
Klik di sini untuk terus membaca