ITULAH. Dulu masa awak berada di sebelah pembangkang, awak momokkan orang macam Ahmad Maslan dan Najib Razak kerana berikan idea kartun bagaimana nak atasi masalah harga makanan. Tapi sekarang? Bila awak dah jadi menteri (menteri ekonomi... Klik di sini untuk terus membaca

ITULAH. Dulu masa awak berada di sebelah pembangkang, awak momokkan orang macam Ahmad Maslan dan Najib Razak kerana berikan idea kartun bagaimana nak atasi masalah harga makanan.

Tapi sekarang? Bila awak dah jadi menteri (menteri ekonomi pula tu) awak pun kasi idea lebih kurang sama macam dia orang.

Inilah antara kata-kata netizen dalam media sosial berhubung saranan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang menasihati rakyat jangan makan telur dan ayam jika harga terlalu mahal atau melambung tinggi.

Dalam keadaan tertentu Rafizi seperti menyalahkan rakyat kerana kerap makan di luar sekali gus menjadikan harga makanan melambung.

Sektor ekonomi terpenting di Malaysia ialah sektor perkhidmatan penyediaan makanan. Bukan sahaja di Malaysia sebenarnya malah di dunia pun.

Pada pandangan Belalang yang tak seberapa ini, sektor ini penting kerana ia menyokong dan mendukung industri akar umbi.

Jika kita tatap data inflasi, misalnya, kita akan dapati komponen pemakanan merupakan pemacu utama dalam industri, kata Rafizi.

Dalam hujahan beliau, Rafizi menegaskan, permintaan yang tinggi ke atas makanan khususnya makan di luar menyebabkan para pemain industri ini (penjual) untuk terus menjual makanan pada harga tinggi.

Pada fahaman Belalang, Rafizi mahu orang ramai untuk menjamah makanan yang dimasak dalam rumah atau masak sendiri.

Cadangan ini bukan sahaja merosakkan tiang ekonomi malah tidak menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Memanglah dari sudut formula ekonomi, apabila kurang permintaan maka harga dengan sendirinya akan jatuh. Tapi yang orang marah, dulu mereka ejek Ahmad Maslan bila dia guna teori dan formula yang sama.

Apabila Rafizi yang dikenali sebagai jaguh formula dan kaki mengejek orang jadi menteri, maka orang tertunggu-tunggu apa formula ke arah resolusi kenaikan harga barang ini. Pendek kata rakyat nak dengar sesuatu yang boleh melegakan hati mereka.

Mula-mula orang masih bersabar dan tahan tapi lama kelamaan, orang mula 'maki' dan hentam kerana kecewa dengan cara dia cakap. Sebab dulu kau ejek orang, sekarang bila kau dah jadi menteri kau pun dua kali lima.

Belalang - Selalu ambil iktibar daripada apa yang terjadi...

Klik di sini untuk terus membaca