SHAH ALAM - Pengguna tidak seharusnya dipersalahkan dalam pembelian barangan kerana mereka hanya membeli berdasarkan kemampuan yang ada, kata Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Presiden FOMCA, Datuk Dr N Marimuthu berkata, apa yang paling penting dan utama adalah kerajaan perlu melihat kembali polisi dan dasar sedia ada.
Jelas Marimuthu, pada masa ini apa yang dilihat oleh pihaknya adalah tahap kebergantungan negara yang mengimport hampir kesemua jenis makanan.
"Kita tidak mempunyai apa-apa rancangan konkrit (tentang bagaimana nak mengusahakan tanah ini),” katanya kepada Sinar Ahad.
Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli sebelum ini dilaporkan menyarankan agar pengguna menjauhi para peniaga yang dirasakan mengenakan harga terlalu tinggi berbanding harga purata peniaga-peniaga lain.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kesedaran tersebut dipercayai akan menekan peniaga terlibat untuk menurunkan harga.
Jelas Mohd Rafizi, gerakan memberi kesedaran kepada rakyat juga wajar dilaksanakan agar bertindak balas kepada kenaikan harga makanan dan minuman bukan alkohol untuk memastikan hubung kait permintaan dan bekalan lebih anjal.
Dalam pada itu, Marimuthu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan cara bagaimana mahu menambah barangan keperluan asas di negara ini agar ia tidak mengalami kekurangan.
Beliau turut berpandangan bahawa pengguna di negara ini mempunyai kesedaran tentang harga barang dan mampu mengendalikan hidup mereka.
"Pergerakan kepenggunaan juga sudah ada di negara ini hampir 50 tahun serta rakyat kita mempunyai pelajaran dan pemikiran sendiri,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca