KANADA - Beruang kutub dilaporkan mengalami pengurangan secara drastik di bahagian barat Teluk Hudson di hujung selatan Artik Kanada, menurut tinjauan baharu. Malah, jumlah beruang betina dan anaknya turut menyaksikan penurunan ketara.... Klik di sini untuk terus membaca

KANADA - Beruang kutub dilaporkan mengalami pengurangan secara drastik di bahagian barat Teluk Hudson di hujung selatan Artik Kanada, menurut tinjauan baharu.

Malah, jumlah beruang betina dan anaknya turut menyaksikan penurunan ketara.

Penyelidik yang meninjau ke wilayah tersebut termasuk bandar Churchill, sebuah destinasi pelancongan disebut sebagai 'ibu kota beruang kutub dunia', di mana setiap lima tahun mereka mengira jumlah beruang dan corak populasinya.

Seekor beruang kutub dikesan mencari makanan di perairan laut yang beku. - AFP

Semasa tinjuan terakhir pada penghujung Ogos dan awal September 2021, keputusan yang disiarkan awal bulan ini mendapati mereka mengesan 194 ekor beruang dan berdasarkan anggaran kiraan itu jumlah populasi asal 842 ekor telah berkurang menjadi 618 ekor dalam tempoh lima tahun.

"Perbandingan dengan anggaran tinjauan udara dari tahun 2011 hingga 2016 mencadangkan bahawa populasi Teluk Hudson berkemungkinan menurun dengan ketara," menurut kajian tersebut.

Tambahnya, ia turut mendedahkan penurunan drastik terhadap beruang betina dewasa dan anaknya antara 2011 dan 2021.

"Penurunan yang diperhatikan adalah konsisten dengan jangkaan jangka panjang berhubung kesan demografi perubahan iklim pada beruang kutub," katanya.

Penyelidik sedang memantau jumlah beruang kutub dengan menaiki bot. - Foto AFP

Kajian itu turut menyebut punca lain iaitu kemungkinan perpindahan beruang ke kawasan lain dan pemburuan terhadap haiwan tersebut.

Habitat beruang kutub semakin hilang pada kadar yang membimbangkan apabila bahagian di utara semakin panas hingga empat kali lebih cepat di seluruh dunia.

Selain itu, ais laut menjadi semakin nipis dan pecah lebih awal pada musim bunga serta membeku pada musim luruh.

Justeru, beruang ini hanya bergantung kepada ais untuk mencari anjing laut selain melakukan pergerakan dan pembiakan.

Doktor haiwan sedang memeriksa beruang kutub yang diletakkan di zoo. - Foto AFP

Sejak tahun 1980, ketulan ais di teluk itu telah berkurangan sehingga 50 peratus pada musim panas, menurut Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan Amerika Syarikat.

Laporan disiarkan dua tahun lalu di jurnal Perubahan Iklim Semulajadi mencadangkan bahawa corak ini akan mengancam kepupusan beruang ini dengan menyatakan terdapat 1,200 beruang kutub di pantai barat Teluk Hudson pada 1980-an - AFP

Klik di sini untuk terus membaca